Pawagam Jadi Port Keluarga!

ejen ali the movie 2, pawagam ejen ali the movie 2, pawagam

Cuti sekolah baru bermula dan suasana di pawagam semakin meriah dengan kehadiran ramai Ejens yang tidak sabar menonton Ejen Ali The Movie 2 (EATM2). Tiket di banyak pawagam utama seperti GSC IOI City Mall Putrajaya, GSC Aman Central Kedah, TGV Toppen Johor Bahru dan lain-lain habis terjual lebih awal, menyebabkan penonton terpaksa mencari alternatif lain. Pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin, berterima kasih atas sambutan luar biasa ini dan menegaskan filem ini dihasilkan khas untuk dinikmati oleh seluruh keluarga.

Para ibu bapa yang menonton memuji mesej positif dalam filem seperti keberanian, kesetiaan, semangat juang, nilai kejujuran, kerja berpasukan serta rasa tanggungjawab. Tema persahabatan sejati antara Ejen Ali dan Ejen Alicia juga mendapat perhatian, diperkukuh dengan lagu tema ‘Teman Sejati’ oleh Nidji.

EATM2 bukan sahaja menampilkan visual dan grafik menarik, malah mengandungi nilai murni yang sesuai untuk tontonan sekeluarga. Menonton bersama membuka ruang untuk ibu bapa dan anak-anak mengeratkan hubungan, berkongsi pengalaman dan berbincang tentang nilai kehidupan.

Misi cuti sekolah sudah bermula! Jangan lepaskan peluang bawa anak ke pawagam terdekat yang kini juga menawarkan aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, penampilan maskot dan barangan terhad. Dapatkan tiket segera dan jadikan cuti ini penuh kenangan bersama keluarga. Gunakan hashtag #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli untuk kongsikan pengalaman anda di media sosial! – Tehtariktimes