Panggung Puting Beliung TenXi Kembali Gegar Pentas pada Hari Kedua

Selepas sambutan luar biasa dan tiket habis terjual dalam masa 30 minit untuk Hari Pertama, Tenxi kembali dengan kejutan yang lebih besar. Dengan penuh rasa syukur dan energi positif, Icon Entertainment secara rasmi mengumumkan Hari Kedua untuk persembahan istimewa bertajuk Special Show: Panggung Puting Beliung Tenxi. Untuk malam kedua ini, Tenxi turut membawa line-up khas daripada ANTI NRML yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Tenxi menyifatkan sokongan para peminat sebagai sumber warna, semangat dan kekuatan dalam perjalanan kariernya. Beliau amat terharu apabila mengetahui ramai peminat tidak sempat mendapatkan tiket bagi Hari Pertama, justeru pembukaan Day 2 dijadikan hadiah dan penghargaan buat semua Tenxiholic. Hari Kedua bukan sekadar ulang tayang, tetapi dijanjikan sebagai pengalaman baharu yang lebih dahsyat, lebih mendalam dan penuh kejutan. Tenxi mahu seluruh peminat sing along bersama, menikmati muzik tanpa batas dan melepaskan segala tekanan kerana mereka kini sudah diberi akses untuk malam kedua.

Dengan lokasi dan masa yang sama seperti Hari Pertama, para peminat kini boleh lock the date untuk sebuah malam yang bakal dibadai energi “puting beliung”, namun dalam versi penuh cinta dan kehangatan daripada peminat untuk Tenxi. “Take a sip and let’s ESCAPE from STRS..” menjadi misi utama Tenxi untuk Day 2 — membawa peminat keluar seketika dari kesibukan dunia dan masuk ke ruang muzik yang sarat penawar, tenaga dan magic.

Jualan tiket dibuka mulai Rabu, 10 Disember 2025 jam 3 petang dengan harga mampu milik bagi memastikan seluruh Tenxiholic dapat merasai sendiri kehangatan dan energi Tenxi secara langsung. Kategori tiket termasuk RM250 hoRRReg, RM220 Apa Lagi, RM180 1/10, RM150 Cuba Lagi, serta Puting Beliung Box berharga RM5,000 untuk 10 pax yang disertakan poster signature dan F&B snacks. Tiket boleh dibeli di https://www.ticket2u.com.my/TenxiDay2.