Mural Gergasi Keluang Man di Kluang Tarikan Baru buat Pelancong – 2024

keluang man

Astro Shaw baru-baru ini melancarkan mural gergasi Keluang Man di lokasi penggambaran filem yang terletak di Kluang, Johor, sebagai penghormatan kepada daerah yang melahirkan superhero ikonik ini.

Mural epik ini bukan hanya merayakan kehadiran adiwira Malaysia tersebut dalam versi filem, tetapi juga berfungsi sebagai daya tarikan terbaru untuk peminat dan pengunjung.

Berkolaborasi dengan Wonda Coffee, mural Keluang Man turut menampilkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’—kopi istimewa dalam pakej RTD yang menghargai budaya kopi tempatan Kluang dan memberikan rasa asli kopi Malaysia. Pelancaran mural ini diadakan di Laman Pesona, Kluang, dan turut disertai oleh pelakon-pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal, dan Shweta Sekhon.

Turut hadir adalah Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Pengarah Anwari Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundaram, Pegawai Daerah Kluang, Haji Mohd Rafi bin Abdullah, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati binti Wahid, yang bersama-sama menyempurnakan mural tersebut.

Mural setinggi tiga bangunan ini, yang merupakan hasil karya artis grafiti terkenal Abdulrashade, mengambil masa selama 10 hari untuk disiapkan. Mural ini memaparkan karakter utama filem seperti Keluang Man, Shamsir, Ahmad, Inspektor Sahab, Doktor Malini, serta Bebe, kucing kesayangan Keluang Man. Tidak ketinggalan, tin minuman ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ juga dipamerkan dalam visual grafiti tersebut. Ini menjadikannya sebagai daya tarikan baru yang pasti akan menarik perhatian pelancong dan peminat filem.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, “Keluang Man adalah simbol keberanian dan semangat superhero Malaysia. Mural ini merupakan penghargaan kepada peminat dan komuniti yang menyokong tanpa henti. Kluang dipilih sebagai lokasi mural kerana peranannya yang penting dalam penggambaran filem ini. Kami percaya inisiatif ini akan menarik peminat dari seluruh negara dan memberi mereka peluang untuk lebih dekat dengan filem dan watak adiwira ini.”

Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn Bhd, pula menyatakan, “‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ adalah penghargaan kepada warisan kopi Kluang. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw untuk menyatukan dua jenama ikonik Malaysia—Keluang Man dan Wonda Coffee. Kerjasama ini bukan sahaja menghormati identiti Malaysia tetapi juga mencipta pengalaman bermakna untuk penonton. Rasa Tongkat Ali dalam edisi khas ini melambangkan kekuatan dan ketahanan yang ditonjolkan oleh Keluang Man.”

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati Wahid, menyatakan, “Pemilihan Kluang sebagai lokasi mural Keluang Man adalah satu pengiktirafan besar untuk daerah kami. Ini pasti akan membawa kegembiraan dan kebanggaan kepada penduduk Kluang dan berpotensi menarik lebih ramai pengunjung. Kami berharap mural ini akan menjadikan Kluang sebagai destinasi pelancongan yang menarik.”

Filem Keluang Man yang diarahkan oleh Anwari Ashraf, menampilkan barisan pelakon termasuk Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin, dan ramai lagi.

Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.

Untuk semua pencinta kopi Malaysia, termasuk peminat Wonda Coffee, edisi baharu ini kini boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia. Jadi, dapatkan sekarang dan nikmati rasa sebenar kopi Kluang yang penuh kelazatan. Cita rasa kita, wira kita”. Untuk maklumat lanjut mengenai Wonda Coffee dan “Wonda Kopi Edisi Kluang”, sila layari Facebook dan Instagram.

Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie #AstroShaw #WONDAxKeluangMan #WiraWonda #KeluangManxWonda #CitaRasaKitaWiraKita bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *