ERA: ERA Bayar Bil
Hantarkan bil-bil sehingga RM150 yang ingin dibiayai melalui ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi ERA

- Layari laman rasmi syok.my untuk mendapatkan pautan borang penyertaan.
 - Lengkapkan penyertaan dengan maklumat diri dan kepilkan lampiran bil untuk dibiayai. Bil yang dihantar boleh di atas nama sendiri atau orang yang dikenali.
 - Peserta juga perlu kongsikan kisah disebalik bil yang ingin dibiayai oleh ERA.
 - Personaliti ERA akan menghubungi peserta yang berjaya di udara.
 - Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi dan media sosial ERA.
 
SINAR: Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR
Teka tajuk filem dalam ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM150, di udara

- Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
 - Teka tajuk filem berdasarkan emoji yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’ SINAR.
 - Peserta bersama tajuk filem yang betul akan membawa pulang wang tunai RM150. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.
 - Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.
 
ZAYAN: ZAYAN Teka Artis Nasyid
Teka nama artis nasyid dalam ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM200, di udara

- Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
 - Teka nama artis nasyid berdasarkan imej yang dimuat naik melalui Facebook dan Instagram ZAYAN.
 - Peserta bersama jawapan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.
 - Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.