Lima Negeri Dah “All Out”! Anda Dah Sokong EATM2 ke Belum?

Kuala Lumpur, 20 Jun 2025 – Gelombang Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) terus menggila di pawagam tempatan apabila lima negeri utama Selangor, Wilayah Persekutuan (KL & Putrajaya), Johor, Perak dan Kedah mendahului carta tontonan tertinggi! Dengan tayangan yang semakin suntuk, para ejen dari negeri-negeri ini telah membuktikan semangat luar biasa dalam menyokong filem animasi kebanggaan negara ini.

EATM2 kini dalam misi besar untuk mencatat kutipan RM65 juta. Ia bukan sekadar filem, tapi fenomena yang menawarkan aksi visual bertenaga, runut bunyi yang menggetarkan dan grafik bertaraf antarabangsa yang memukau. Rata-rata penonton mengakui, satu tontonan tidak cukup teori dan petunjuk tersembunyi mendorong mereka untuk menonton semula!

Belum lagi sertai misi ini? Inilah masanya. Sama ada anda mahu bawa keluarga, kawan-kawan atau pergi solo, pastikan anda tak terlepas peluang menjadi sebahagian daripada sejarah baharu filem animasi Malaysia.

Jangan tunggu lagi. Unlock fasa seterusnya, terus sokong Ejen Ali The Movie 2 di pawagam seluruh negara sebelum misi ini tamat! #ejenalithemovie2 #EATM2 #ejenali #AniMY – Tehtariktimes