KEUNIKAN MAKANAN ARAB DI ZAITUNA RESTAURANT, JOHOR BHARU

Jika anda pergi ke Johor Bharu jangan lupa untuk singgah di Zaituna Restaurant yang bertempat di Taman Tasek, Johor Bharu. Terdapat pelbagai jenis makanan Arab di restoran ini seperti Aneka Nasi Arab, Kunafa, Baklava, Pizza, Shawarma dan juga set nasi dulang ayam atau daging yang dapat dinikmati.

 

Persekitaran luas, cantik & bersih
Memang admin teruja juga pertama kali datang ke sini dengan suasana kedai yang cantik seperti duduk di negeri Arab gituuu…. hihi.. lepas tu rambang mata nak pilih makan apa sebab menu semua favourite admin.. Nak cuba semua memang tak larat nak membawak perut kan.. So kita cuba je mana yang paling ‘laku keras’ di sini.

 

Ini antara menu yang Sis telah cuba di sini:

 

                                                                                                 Nasi Arab.. Mmmm menyelerakan!

Nasi Arab dalam dulang ni ada 3 jenis iaitu Kabsa, Maklouba dan Mandi berserta ayam ‘whole leg’ 2 ketul dan 2 ketul kambing dalam 1 dulang besar ni boleh dimakan  oleh 4 hingga 6 orang, kerana portion nya cukup besar.. Untuk rasa, bagi admin sedap dan isi ayamnya lembut, begitu juga dengan dagingnya juga  lembut dan empuk. Bila makan terasa kaya dengan rempah ratus dalam daging tu dan paling penting nak kunyah pun tak sakit gigi sebab dagingnya sangat lembut.. Jadi admin suka sangat!!

 

Kunafa & Baklava
Kunafa yang ada di Zaituna Restaurant ni hanya satu jenis sahaja iaitu Kunafa Krim. Topping nya disiram dengan air gula dan dihiasi dengan kacang pistachio yang telah dihancurkan. Air gula pula mempunyai campuran ros, so bila makan tu ada bau wangi sikit. Bila makan kunafa ni rasanya sungguh ranggup di luar dan lembut di dalam sebab tekstur nya di dalam adalah berkrim. Bagi admin sedap la sebab krim tu tak terlalu manis, jadi bila letak air gula tu baru rasa manis.  Baklava pula terdapat pelbagai jenis dan berwarna-warni dan juga terdapat pelbagai bentuk yang cantik. Bagi admin dia ada satu rase saja iaitu rasa manis.. hihihi.

 

Falafel
Falafel ni admin tak pernah makan lagi dan ini adalah kali pertama admin makan. Mereka ada bekalkan roti yang disalut dengan sos putih, kemudian masukkan sayur dan bebola tu. ‘First time’ makan terasa sedap kerana bahan bahan dalam tu cukup lengkap. Bebola itu pula ranggup luar tapi isi dalamnya lembut.

 

Shawarma
Shawarma ni admin pesan Shawarma Daging. Didalamnya ada daging, mayonis dan rasa dagingnya yang sangat lembut dan cukup rempah dan sangat terasa rempah nya..salad nya pula fresh dan apabila digabung semuanya menjadikan ia sangat lazat. Kepada yang tak suka makan nasi boleh lah ganti dengan Shawarma.. Kenyang!

 

Pizza Salami & Zaituna salad
Pizza di sini crust nya agak nipis sedikit tapi admin suka sebab tak ada la makan pizza pun terasa macam makan roti kan?. Bila nipis sikit letak topping cheese makan panas-panas dan boleh tarik cheesenya sampai ke Arab sana! hihihi.. admin gurau je.. Untuk Zaituna salad tu bagi admin ianya sangat menyelerakan kerana saladnya fresh. Bila fresh warna salad tu cantik kehijau-hijauan, nak makan pun berselera…

Semua yang admin makan ni memang admin puas hati kerana ianya sedap dan mempunyai keunikan rasa tersendiri dalam setiap makanannya. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang Zaituna Restaurant di Johor Bahru kerana anda tak akan merasa rugi pun makan di sini, dan harganya pun murah!

Ni Alamat lengkap dan detail restoran:

Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
Best True Arabian Restaurant in Johor Bahru
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari 11AM – 11PM (kecuali Jumaat 2PM – 11PM)
Call: 07-213 3577
Order online: www.zaituna.my
Facebook: Zaituna Restaurant مطعم زيتونة

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *