Menyambut kedatangan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Lazada Malaysia sekali lagi akan mengadakan jualan tahunan yang paling dinanti-nantikan iaitu 3.3 Epic Raya Sale, yang bermula pada 2 Mac 2025 jam 8 malam dan akan berlangsung sehingga 5 Mac 2025. Dengan diskaun besar-besaran di pelbagai kategori seperti fesyen, kecantikan, elektronik, peralatan rumah dan banyak lagi, ini adalah peluang terbaik bagi pembeli untuk melengkapkan persiapan Raya mereka seisi keluarga.
Sebagai sebahagian daripada jualan istimewa ini, Lazada memperkenalkan Epic Raya Exchange yang memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai pengalaman pemberian duit raya secara digital. Melalui kempen ini, pembeli boleh menghantar dan menerima baucar bernilai sehingga RM233 kepada keluarga dan rakan-rakan mereka, dengan jumlah baucar yang terhad sebanyak lebih RM45,000 untuk direbut. Setiap pembeli boleh menghantar baucar kepada lima orang setiap hari, dengan tiada had baucar yang diterima oleh penerima. Baucar ini boleh digunakan semasa pembayaran dalam 3.3 Epic Raya Sale dan digabungkan dengan diskaun lain untuk penjimatan berganda.
Tahun ini juga, Lazada bekerjasama dengan KLIA Ekspres untuk menawarkan hadiah menarik bagi mereka yang membeli produk berkaitan pelancongan atau tiket KLIA Ekspres di platform Lazada. Dalam peraduan “Travel with Lazada & KLIA Ekspres”, pelanggan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM20,000. Hadiah utama termasuk Perkhidmatan VIP KLIA Ekspres yang merangkumi pemindahan eksekutif dari rumah ke KL Sentral, serta tiket perjalanan KLIA Ekspres. Pemenang juga berpeluang memenangi produk pelancongan daripada jenama terkenal seperti American Tourister, Thule, dan Samel.

Selain itu, Lazada juga menawarkan Crazy Special RM33 Deals, di mana pelanggan boleh membeli barangan berkualiti tinggi seperti jam tangan pintar, kerusi urut, pembersih vakum robot, dan banyak lagi, pada harga hanya RM33. Tawaran luar biasa ini berlaku pada waktu-waktu tertentu setiap hari, seperti 12 tengah malam, 3 pagi, 8 pagi, 3 petang, 6 petang, dan 9 malam, dengan produk bernilai lebih RM50,000 yang akan dijual pada harga yang sangat berpatutan. Jenama terkemuka seperti GINTELL, HONOR, Jean Perry, King Koil, Tineco, dan Medela turut menyertai kempen ini.
Jualan 3.3 Epic Raya Sale juga menyediakan baucar kempen yang memberikan penjimatan sehingga RM1,000 serta tawaran diskaun besar hingga 90% di kedai-kedai terpilih. Semua produk yang dibeli turut menikmati penghantaran percuma, menjadikannya lebih berbaloi untuk pelanggan. Selain itu, pembeli boleh mengumpul LazCoins dan LazCash untuk tambahan penjimatan.
Sempena bulan Ramadan, Lazada juga memperkenalkan Ramadan Sahur & Moreh Deals, yang menawarkan penjimatan hebat pada waktu sahur dan lebihh malam. Pelanggan boleh menikmati tawaran eksklusif dari 3 pagi hingga 8 pagi (Sahur) dan 8 malam hingga 12 pagi (Moreh) untuk barangan seperti makanan dan bahan runcit untuk masakan Raya, fesyen perayaan, produk kecantikan, serta peralatan rumah yang menyemarakkan suasana bulan puasa dan sambutan Syawal.

Bersama-sama dengan penjimatan yang besar dan tawaran menarik sepanjang 3.3 Epic Raya Sale, Lazada memberikan peluang kepada pelanggan untuk membeli semua keperluan Raya dengan mudah dan menjimatkan. Jualan terbesar musim ini pasti akan menjadi pengalaman membeli-belah yang mengujakan, terutamanya bagi mereka yang sedang membuat persiapan akhir menjelang perayaan Aidilfitri.
Tandakan 2 Mac 2025 jam 8 malam di kalendar anda dan mulakan perjalanan membeli-belah untuk 3.3 Epic Raya Sale! Untuk maklumat lanjut, pastikan anda mengikuti #LazadaEpicRayaSale di media sosial dan sentiasa periksa aplikasi Lazada untuk kemas kini terkini.