Gardenia Jadi Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. tampil sebagai Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Kementerian Komunikasi yang berlangsung meriah di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026.

Penglibatan Gardenia dalam sambutan tersebut mencerminkan sokongan berterusan syarikat terhadap usaha memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan tema Hari Kebangsaan 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Bersempena dengan sambutan tersebut, Gardenia turut memperkenalkan produk baharu daripada rangkaian Original Classic iaitu Roti Susu Gardenia Original Classic Supreme 400g. Produk ini diperkenalkan bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna menerusi variasi roti susu dengan kepingan yang lebih tebal.

Roti Susu Original Classic Supreme menawarkan tekstur yang lembut serta mengekalkan identiti Original Classic “Sungguh Enak… Dimakan Begitu Sahaja”. Selain dinikmati begitu sahaja, roti ini juga sesuai digunakan untuk menghasilkan pelbagai resipi yang lazat dan versatil untuk setiap waktu hidangan.

Sebagai sebahagian daripada penglibatan dalam sambutan Hari Kebangsaan 2026, Gardenia turut menyumbangkan pelbagai produk roti Gardenia serta barangan cenderahati eksklusif kepada para pengunjung. Sebanyak 5,000 unit kipas tangan eksklusif bersama produk-produk Gardenia lain dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000 telah diedarkan kepada orang ramai.

Sebelum itu, pada majlis Pra-pelancaran Sambutan Merdeka yang berlangsung pada 12 Ogos 2026, Gardenia turut mengedarkan sebanyak 600 buku Roti Susu Original Classic Supreme kepada orang awam bagi memberi peluang kepada mereka merasai produk baharu tersebut.

Gardenia juga membuka tapak jualan khas di Perkampungan Rakan Strategik, Dataran Putrajaya sepanjang sambutan berlangsung. Sebanyak 1,000 pek kombo jualan ditawarkan dengan harga serendah RM10, yang menggabungkan pelbagai produk roti Gardenia termasuk Roti Susu Original Classic Supreme.

Selain jualan, tapak Gardenia turut menyediakan pelbagai aktiviti interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga, sekali gus menambah kemeriahan sambutan dan memberi peluang kepada pengunjung meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Penyertaan Gardenia sebagai Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan 2026 mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong inisiatif kerajaan serta menyumbang kepada kejayaan sambutan kemerdekaan. Melalui penglibatan ini, Gardenia berharap dapat terus bersama rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan mewujudkan pengalaman sambutan yang bermakna untuk seisi keluarga.