Kumpulan AFFIN terus membawa kelainan kepada pengalaman hujung minggu melalui AFFIN Universe, sebuah destinasi gaya hidup selama dua hari yang menghidupkan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, sebagai platform dinamik menampilkan hiburan, budaya dan tarikan utama dari pelbagai industri. Acara ini berlangsung pada 7 dan 8 Februari 2026 (Sabtu dan Ahad), dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, melalui AFFIN Universe Anniversary Showcase yang direka sebagai pengalaman menyeluruh sepanjang hari, berbeza daripada pameran konvensional. Pengunjung berpeluang menikmati gabungan persembahan secara langsung, penampilan selebriti, zon interaktif serta aktiviti yang menggalakkan penerokaan dan penglibatan bermakna.

AFFIN Universe menampilkan barisan peserta daripada pelbagai industri termasuk automotif, pelancongan, fesyen dan makanan, disusun mengikut zon bertema supaya pengunjung dapat menikmati perjalanan gaya hidup kontemporari dengan lancar dari satu ruang ke ruang lain. Program hujung minggu ini turut menampilkan persembahan dan penampilan oleh Hael Husaini, Marsha Milan, Mimifly, Dato’ Seri Aliff Syukri, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Puteri Khareeza, Imran Aqil, Atita Haris, Fiza Sabjahan, Fedtri Yahya, Fizi Ali, Dato’ Fazley dan Dr. Soo Winci, selain segmen istimewa ‘Let’s Talk’ bersama Sarimah Ibrahim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Marriott Bonvoy. Antara tarikan utama ialah siaran langsung istimewa yang menyatukan dua podcast kewangan terkemuka Malaysia, Financial Faiz dan Mr. Money TV.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah, berkata pameran ini mencerminkan penglibatan AFFIN yang lebih meluas dalam gaya hidup dan komuniti. “Sebagai sebuah institusi kewangan, peranan kami melangkaui perbankan dan merangkumi usaha menghubungkan perniagaan dengan peluang serta komuniti dengan pengalaman bermakna. Menerusi AFFIN Universe, kami menghimpunkan rakan strategik AFFIN dan usahawan, mewujudkan persekitaran di mana produk, idea dan individu bertemu dalam satu platform,” katanya.
Dianjurkan bersempena ulang tahun ke-50 AFFIN, acara ini mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan untuk berinteraksi dengan komuniti di luar perkhidmatan perbankan. Walaupun pengunjung berpeluang menerokai tawaran terkini AFFIN di lokasi acara, tumpuan utama tetap pada pengalaman, kreativiti dan hubungan, sekali gus menjadikan pameran ini terbuka dan relevan kepada semua, sama ada pelanggan sedia ada mahupun orang ramai.
AFFIN Universe Anniversary Showcase berlangsung di MITEC Kuala Lumpur, Dewan 9, Aras 3, pada 7 hingga 8 Februari 2026, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Acara ini menampilkan pelbagai jenama dan peserta termasuk Bulan Bintang, Awan by Bulan Bintang, Generali Malaysia, Marriott Bonvoy, Bursa Malaysia, Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (Rumah Sarawak), World Mineral Galleria, No. 8 Luxury, Bufori, Aston Martin Kuala Lumpur, Porsche – Sime Darby Auto Performance, BMW – Millenium Welt, BookXcess, DePop Asia Distributor, AS Legacy, Landasan Lumayan Sdn. Bhd., Badminton Association of Malaysia, The Music Run by AFFIN, Toyota – Laser Motor Group, Harley-Davidson Malaysia – Didi Group, Vespa Malaysia – Didi Group, Proton, Tapaulah, Daerah Salai, Santan, Inside Scoop, Onecare, Armani Group, KLM Land, SIDEC, Perodua, SimplySiti, Afiya by Siti Nurhaliza, Mayfair Wellness, Buttonscarves, Daily Coffee, Kek Lapis Warisan, DeKairos, Bawal Exclusive, Jharee Bespoke, Ariani, Jakel dan Celovis.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, produk dan perkhidmatan AFFIN, sila layari www.AffinAlways.com atau ikuti @affinmy di Instagram, Facebook atau TikTok. Pengunjung juga boleh memuat turun aplikasi ATMOZFR untuk mendapatkan maklumat dan acara terkini yang dikuasakan oleh AFFIN.