Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) bakal menyajikan peningkatan ketara dari segi visual dan teknologi, menandakan lonjakan besar dalam dunia animasi tempatan menuju kualiti bertaraf antarabangsa. Melalui video Kapsul Eksklusif Di Sebalik Tabir EATM2 terbitan Majalah 3, jelas tergambar betapa gigihnya pasukan WAU Animation mengolah sekuel ini bukan sahaja dengan jalan cerita menarik, tetapi juga impak visual yang jauh lebih mengagumkan. Salah satu elemen yang paling menonjol ialah kehalusan tekstur kulit dan rambut watak. Watak berusia seperti Dato’ Othman dan Ejen Dayang kini tampil lebih realistik, dengan kedutan dan garis wajah yang halus dan terperinci. Perincian ini bukan sekadar mempertingkatkan kualiti visual, tetapi juga menguatkan penghayatan watak melalui ekspresi emosi yang lebih mendalam dan dekat dengan realiti.

Filem ini juga memperkenalkan perincian mikro seperti bulu mata dan bulu roma yang nyata pada reka bentuk watak, membawa animasi ke tahap yang belum pernah dicapai dalam siri terdahulu. Teknologi 3D terkini seperti sistem render Unreal Engine dan kerangka rigging dinamik turut digunakan untuk mencipta pengalaman tontonan yang lebih imersif dan memukau. Selain aspek teknikal, pasukan produksi juga memberi perhatian khusus kepada konsistensi visual melalui pengendalian warna dan kontras yang teliti. Proses color grading dilakukan secara terperinci untuk menyampaikan mood dan emosi yang tepat dalam setiap babak sama ada penuh sentuhan hati, mendebarkan, atau menggembirakan.

Dengan gabungan teknologi mutakhir, fokus pada perincian mikro, serta sentuhan sinematik yang hebat, EATM2 membuktikan bahawa animasi Malaysia kini mampu bersaing di pentas dunia. Filem ini bukan hanya meneruskan legasi siri dan filem terdahulu, tetapi juga mencipta penanda aras baharu bagi industri animasi tempatan. Saksikan Kapsul Eksklusif Di Sebalik Tabir EATM2 oleh Majalah 3 di sini https://youtu.be/XloPHtM8gw0?feature=shared. Jangan sekadar dengar cerita alami sendiri evolusi epik dunia Ejen Ali di layar perak bermula 22 Mei 2025! Filem animasi penuh aksi untuk semua lapisan umur. Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada pengalaman luar biasa ini. Gunakan hashtag #EjenAliTheMovie2 #MisiPawagam #AksiAnimasi #EATM2 #AniMy untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan perbualan di media sosial!