Fuse Creative Digital Media kini bersedia untuk menghidupkan satu lagi acara muzik yang dinantikan ramai. Dengan penuh semangat, mereka mempersembahkan ASMARA LOKA, sebuah acara muzik yang bakal diadakan pada 9 November 2024 di Ipoh Convention Centre, Ipoh, Perak.
Setelah kejayaan penganjuran acara Kotak Muzik Kita yang berlangsung di Galasa Caldwell, Ipoh pada tahun lalu serta siri jelajah Pentas Healing yang melibatkan kerjasama dengan komuniti Gamon Society ke beberapa negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Melaka.
Konsep ASMARA LOKA adalah sebuah acara muzik indoor yang intim dan eksklusif, menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, dan AIZAT AMDAN. Dengan penganjuran acara ini, Fuse Creative Digital Media berhasrat menjadikan ASMARA LOKA sebagai platform istimewa untuk penggemar muzik tempatan, terutamanya mereka yang mengikuti trend “Galau” dan “Healing” yang kini sedang popular di media sosial seperti TikTok, Facebook, dan Instagram. Acara ini terutamanya ditujukan kepada generasi muda yang menggemari muzik dan ingin menikmati pengalaman muzik yang mendalam dan berkesan.
Sebagai sebahagian daripada kempen Tourism Perak yang bertemakan Travel to Perak 2024, ASMARA LOKA juga berfungsi sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan bandar Ipoh. Ipoh telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Creative City of Music, dan penganjuran acara seperti ASMARA LOKA ini diharapkan dapat menarik perhatian belia dari seluruh negara untuk melawat Perak dan menikmati keunikan muzik dan budaya yang ditawarkan.
Pengarah Projek ASMARA LOKA, Syahril Husny atau lebih dikenali sebagai Aril, menyatakan betapa pentingnya acara ini untuk dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Beliau berkata, “Sebagai wakil daripada FUSE, saya berharap ASMARA LOKA bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan bakat-bakat hebat tanah air, tetapi juga sebagai satu titik pertemuan bagi penggemar muzik yang menghargai dan menikmati trend muzik semasa. Kami yakin acara ini akan menjadi mercu tanda dalam kalendar acara muzik Malaysia dan memberi impak positif kepada industri pelancongan serta ekonomi setempat.”
Jualan tiket bagi ASMARA LOKA telah pun dibuka sejak 6 Ogos 2024 yang lalu di laman web www.ticket2u.com.my. Dua kategori tiket ditawarkan adalah RM98 untuk ZONA PATAH HATI dan RM128 untuk ZONA MATI RASA. Dalam waktu singkat, sebanyak 60% tiket telah terjual, menunjukkan sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat muzik.
Menjawab permintaan ramai dalam kalangan komuniti, penganjur kini memperkenalkan tiket combo untuk kategori ZONA PATAH HATI. Terdapat dua pilihan tiket baru: “Tiket Duo” yang ditawarkan pada harga RM226 untuk dua orang dan “Tiket Kumpulan” dengan harga RM432 untuk empat orang. Jualan untuk tiket combo ini akan bermula pada 11 Oktober 2024, memberi peluang kepada lebih ramai penggemar muzik untuk merasai pengalaman ASMARA LOKA secara berkumpulan.
Dengan pelbagai tawaran menarik dan pengalaman muzik yang unik, ASMARA LOKA diharapkan bukan sahaja menjadi acara yang penuh hiburan, tetapi juga membawa mesej yang mendalam tentang hubungan emosi dan muzik. Acara ini berpotensi untuk mencipta kenangan manis dan memperkukuhkan ikatan antara penggemar muzik di seluruh negara. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman luar biasa ini di ASMARA LOKA!
BUTIRAN ACARA
Tarikh : 9 November 2024
Masa : 8.00pm – 11.00pm
Tempat : Ipoh Convention Centre, Ipoh Perak
Artist : 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, AIZAT AMDAN
Harga Tiket Festival : Zona Patah Hati – RM98.00
: Zona Mati Rasa – RM128.00
Laman Web Tiket Rasmi : www.ticket2u.com.my
Penganjur : FUSE CREATIVE DIGITAL MEDIA
Rakan Penggurusan : ATAS ANGIN
Disokong Oleh : PERAK TOURISM
Rakan Komuniti : MESCO
Rakan Hotel Rasmi : HOTEL CASUARINA
Rakan Radio Rasmi : HOTFM
Rakan Media Digital : ASTRO GEMPAK
Rakan Strategik : ANTS & BEES DAN QUENNAL