Penyanyi dan penulis lagu asal Jakarta, Adzka, kembali mencuri perhatian dengan pelancaran single keduanya berjudul “Jauh Dari Hebat” pada 27 Februari 2026. Menerusi karya ini, Adzka menampilkan sisi melankolis yang lebih matang, dibalut dengan aransemen modern ballad yang lembut dan menyentuh. Lagu ini disusun untuk melengkapi karakter vokalnya yang halus dan “whispery”, sekali gus mencipta suasana intim yang mudah meresap ke emosi pendengar.
“Jauh Dari Hebat” mengisahkan fasa selepas perpisahan, di mana seseorang cuba kelihatan kuat di hadapan orang lain walaupun sebenarnya sedang rapuh. Dengan pendekatan muzik yang minimalis tetapi penuh rasa, lagu ini menjadi refleksi jujur tentang realiti emosi yang sering disembunyikan. Single ini turut menjadi pembuka kepada album sulung Adzka yang dijangka dilancarkan pada April 2026.