TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

Jualan HEBAT Sime Motors Kembali Hujung Minggu Ini Dengan Tawaran Rebat Sehingga RM52,000 & Hadiah Cabutan Bertuah Menanti

Poster promosi The Great Sime Motors Sale yang memaparkan lapan kenderaan berlatarkan bangunan Sime Motors City

Kumpulan automotif terkemuka, Sime Motors, bakal menganjurkan acara Jualan HEBAT Sime Motors selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Oktober 2026 bertempat di Sime Motors City, Ara Damansara. Acara promosi hujung tahun berskala besar ini menghimpunkan pelbagai pilihan kenderaan baharu, segmen elektrik (EV) hingga unit pramilik premium di bawah satu bumbung.

Antara jenama antarabangsa utama yang mengambil bahagian merangkumi BMW, MINI, BMW Motorrad, BYD, DENZA, Hyundai, Ford dan Volvo. Bagi pasaran kenderaan pramilik berkualiti tinggi, pengunjung boleh meneliti tawaran daripada Auto Selection dan EV NEXT, di samping khidmat sokongan selepas jualan oleh Drivecare.

Pandangan hadapan kenderaan SUV elektrik padat Volvo EX30 berwarna perak sedang dicas
Kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger Raptor berwarna oren dipandu laju di kawasan padang pasir
Paparan sisi kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah elektrik DENZA D9 berwarna putih

Sepanjang acara berlangsung, pelbagai jenama yang menawarkan tawaran luar biasa sehingga merangkumi rebat tunai sehingga RM52,000 untuk Hyundai, RM50,000 bagi DENZA D9, RM25,000 untuk Volvo di samping unit demo EX30 dari RM148,000, RM22,000 bagi Ford, RM16,000 untuk BYD dan RM15,000 bagi BMW Motorrad. Selain kadar pembiayaan serendah 0.88% untuk MINI, 1.68% untuk BMW serta pakej servis percuma sehingga 10 tahun bagi kenderaan pramilik terpilih.

Selain rebat tunai dan kemudahan pandu uji, pelanggan yang mengesahkan tempahan sepanjang tiga hari acara berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan nilai ganjaran keseluruhan mencecah RM40,000, termasuk peranti siri iPhone terbaharu.

Jualan HEBAT Sime Motors dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari sepanjang 16 hingga 18 Oktober. Pengunjung yang berminat disarankan mendaftar awal bagi mendapatkan maklumat promosi eksklusif menerusi portal rasmi Sime Motors OneGo.