TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

Vivo Malaysia Lantik Jay Chou Sebagai Duta Imej, Bakal Melancarkan Siri Vivo X500 Pada 27 Oktober

Vivo Malaysia secara rasmi mengumumkan ikon muzik Mandopop terkemuka, Jay Chou sebagai Duta Imej terbaharunya bersempena pelancaran siri telefon pintar mercu Vivo X500 yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada 27 Oktober ini.

Kolaborasi berprofil tinggi ini menyatukan kehebatan artistik Jay Chou yang bukan sekadar penyanyi dan komposer hebat, malah seorang pengarah video muzik serta peminat fotografi bersama kepakaran teknologi imej Vivo. Kempen ini turut diserikan dengan video buka kotak eksklusif serta filem pendek nostalgia yang diilhamkan daripada lagu popularnya, “Sunny Day”. Kerjasama ini mengukuhkan matlamat Vivo dalam membantu pengguna merakam setiap detik berharga kehidupan dengan sentuhan sinematik.

Menerajui barisan siri ini model Vivo X500 Pro Max yang digelar sebagai “The Ultimate Concert Phone”. Dicipta khas untuk peminat konsert dan acara langsung, model ini dilengkapi sistem zum telefoto ZEISS APO 200MP bersama sokongan Vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra yang berupaya mencapai jarak setara 400mm. Gabungan optik canggih ini membolehkan pengguna merakam ekspresi wajah artis dan perincian pentas dengan tajam walaupun berada jauh dari zon VIP.

Bagi rakaman video berkualiti tinggi, Vivo X500 Pro Max membawakan ciri pintar Auto Framing Fancam Video untuk memastikan subjek sentiasa berada di tengah bingkai secara automatik. Turut disertakan dengan teknologi “Super Stage AF Tracking Video” yang bertindak mengekalkan fokus secara konsisten terhadap pergerakan pantas artis di atas pentas. Barisan siri ini turut disempurnakan menerusi kehadiran model Vivo X500 Pro dan Vivo X500.

Siri Vivo X500 kini dibuka untuk pra-tempah dengan tawaran pakej ganjaran bernilai sehingga RM4,300, merangkumi rebat eksklusif sehingga RM1,000, manfaat ahli Vivo Store bernilai sehingga RM2,460, serta rebat tambahan SPayLater RM150. Pembeli bertuah juga berpeluang memenangi tiket konsert Jay Chou “Carnival II” World Tour 2027 di Malaysia.