Teknologi Pintar Perkasa Konservasi Hutan: UPSI Terima Geran Antarabangsa RM3 Juta
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerajui pelaksanaan projek pemuliharaan hutan berteknologi pintar di kawasan Central Forest Spine (CFS) Gerik, Perak selepas menerima geran antarabangsa berjumlah RM3 juta menerusi inisiatif EduGreen@UPSI. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh usaha pemeliharaan biodiversiti negara melalui pendekatan inovatif. Projek ini turut mencerminkan komitmen UPSI dalam menyumbang kepada kelestarian…