Siri HONOR Pad 20 Tampil dengan Paparan 3K dan Bateri 10,100mAh

HONOR bakal memperluaskan rangkaian tabletnya di Malaysia menerusi ketibaan HONOR Pad 20 dan HONOR Pad 20 Pro.

Menjelang pengumuman jualan rasmi pada 24 Ogos 2026, Siri HONOR Pad 20 telah diiktiraf oleh platform penstriman drama iQIYI sebagai Tablet Pilihan Utama untuk pengalaman hiburan yang mengasyikkan.

Pengiktirafan itu menyerlahkan paparan 3K teraju industri, hayat bateri ultra panjang dan teknologi keselesaan mata canggih yang ditawarkan oleh siri berkenaan.

Buat pertama kali, Siri HONOR Number memperkenalkan model Pro yang dilengkapi Paparan Paperlike pertama HONOR.

Ciri berkenaan menawarkan keupayaan yang dipertingkatkan untuk hiburan, pekerjaan dan produktiviti harian.

Siri HONOR Pad 20 direka untuk pengguna Malaysia yang gemar menonton drama, filem dan kandungan hiburan secara maraton.

Kedua-dua model dilengkapi paparan penjagaan mata 3K, skrin luas berukuran 12.1 inci dan sistem bunyi keliling enam pembesar suara.

Gabungan tersebut memberikan pengalaman tontonan sinematik untuk drama, filem, video YouTube dan kandungan media sosial.

Pengguna juga boleh menikmati pengalaman audio spatial yang menjadikan setiap babak lebih hidup ketika menonton bersendirian atau bersama keluarga dan rakan.

Paparan yang besar turut membolehkan peminat melihat perincian dalam drama China seperti Pursuit of Jade dan Overdo lakonan Zhang Ling He dengan lebih jelas.

Kedua-dua model standard dan Pro dilengkapi teknologi Keselesaan Mata HONOR untuk membantu mengurangkan keletihan mata ketika menonton, membaca, belajar atau bekerja dalam tempoh yang panjang.

Antara teknologi yang ditawarkan ialah Chip-Level AI Defocus Eye Protection yang membantu mengurangkan keletihan visual merentasi lebih 2,000 aplikasi dan pelbagai situasi tontonan.

Teknologi DC Dimming pula meminimumkan kerlipan skrin, khususnya dalam persekitaran gelap, bagi meningkatkan keselesaan ketika menonton kandungan pada waktu malam.

Ciri Dynamic Dimming melaraskan kecerahan skrin secara automatik berdasarkan keadaan pencahayaan persekitaran, manakala AI Circadian Display menyesuaikan suhu warna skrin sepanjang hari.

Teknologi Hardware-Level Low Blue Light membantu mengurangkan pendedahan kepada cahaya biru tanpa menjejaskan kejelasan dan kualiti visual.

Motion Sickness Relief Display pula direka untuk mengurangkan ketidakselesaan sebanyak 89 peratus apabila tablet digunakan ketika dalam perjalanan.

HONOR Pad 20 Pro turut dilengkapi Paparan Paperlike yang menghasilkan pengalaman tontonan seakan-akan kertas.

Paparan tidak memantul itu mampu menyingkirkan 99 peratus cahaya ambien, sekali gus menjadikannya sesuai untuk membaca, mencatat nota dan bekerja dalam tempoh yang panjang.

Bagi menyokong penggunaan sepanjang hari, Siri HONOR Pad 20 dilengkapi bateri berkapasiti 10,100mAh yang didakwa terbesar dalam kelasnya.

Bateri yang dicas penuh mampu menawarkan masa siap sedia sehingga 71 hari, memainkan video selama sembilan jam atau menyokong permainan selama tujuh jam.

Kapasiti tersebut membolehkan pengguna menonton beberapa episod drama, bermain permainan atau bekerja sepanjang hari tanpa perlu kerap mengecas tablet.

HONOR Pad 20 menyokong pengecasan pantas berwayar 45W, manakala model Pro menawarkan pengecasan pantas berwayar 66W.

Siri HONOR Pad 20 turut menawarkan pengalaman hiburan mengasyikkan menerusi sistem enam pembesar suara dan sokongan audio spatial.

HONOR Pad 20 Pro dipertingkatkan dengan pensijilan DTS Ultra, Hi-Res Audio dan IMAX Enhanced.

HONOR Pad 20 standard pula menyokong pensijilan Hi-Res Audio dan Hi-Res Wireless Audio.

Selain hiburan, siri tablet berkenaan dibangunkan untuk menyokong komunikasi, pekerjaan dan pembelajaran harian.

Ciri produktiviti AI bertaraf mercu yang diperkenalkan menerusi HONOR MagicPad 4 kini dibawakan kepada Siri HONOR Pad 20 untuk membantu pengguna melaksanakan tugasan dengan lebih pintar dan cekap.

HONOR Pad 20 Pro dijana oleh cip Snapdragon 8s Gen 4, manakala HONOR Pad 20 dilengkapi Snapdragon 7 Gen 3.

Kedua-dua cip tersebut menawarkan prestasi lancar untuk produktiviti, pelaksanaan pelbagai tugas dan penggunaan harian.

Maklumat penuh mengenai ketersediaan dan harga Siri HONOR Pad 20 akan diumumkan pada 24 Ogos 2026.

Pengguna boleh mengikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau melayari laman web HONOR Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini.