Baidowi Kembali dengan Single Baharu “Menginginkanmu”

The current image has no alternative text. The file name is: Atwork-02-1.jpg

Penyanyi solo Indonesia, Baidowi, kembali menghangatkan industri muzik tempatan menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul Menginginkanmu. Lagu ini dijadualkan dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik digital pada 24 Julai.

Menginginkanmu mengisahkan tentang cinta yang tulus, harapan yang tidak pernah pudar serta keberanian untuk meluahkan perasaan kepada insan yang dicintai. Dengan gabungan susunan muzik yang penuh emosi dan lirik yang dekat dengan pengalaman kehidupan, lagu ini diharap mampu menyentuh hati para pendengar yang pernah melalui kisah cinta yang sukar diungkapkan.

Menerusi karya terbaharu ini, Baidowi turut memperlihatkan perkembangan dalam perjalanan seninya tanpa meninggalkan identiti yang menjadi kekuatannya iaitu vokal yang penuh penghayatan dan kejujuran emosi dalam setiap lagu yang dibawakan.

Menurut Baidowi, lagu tersebut menceritakan tentang seseorang yang memiliki perasaan cinta yang begitu mendalam, namun sukar meluahkannya melalui kata-kata. Sebaliknya, rasa kasih itu dizahirkan menerusi tindakan, perhatian dan keikhlasan yang diberikan kepada insan tersayang.

Beliau berharap setiap pendengar dapat menemukan sebahagian daripada kisah hidup mereka sendiri melalui lagu ini, sekali gus menjadikan Menginginkanmu sebagai karya yang dekat di hati ramai.

Single Menginginkanmu akan tersedia di pelbagai platform penstriman digital bermula 24 Julai, di samping pelbagai bahan promosi yang akan dikongsikan menerusi saluran media sosial rasmi Baidowi.

Dengan pelancaran ini, Baidowi berharap Menginginkanmu dapat diterima baik oleh peminat muzik dan menjadi teman kepada mereka yang sedang jatuh cinta, merindui seseorang atau berjuang mempertahankan sebuah hubungan.