
Anok Kelate, pakat mari! Dikir Barat, Wayang Kulit dan muzik Kelantan bakal takeover Zepp KL! 🔥
Buat pertama kalinya, barisan artis anak Kelantan berhimpun dalam satu malam penuh hiburan, budaya dan nostalgia yang bakal menggegarkan ibu kota.
Eda Ezrin
Rosalinda
Adik Waniey
Man Khan
Den Manjo
Fendi Kenali
Aris Kapilla
Daripada keunikan seni Wayang Kulit dan semangat Dikir Barat, sehinggalah lagu-lagu yang menjadi siulan ramai, semuanya bakal dipersembahkan dalam sebuah pengalaman yang meraikan identiti dan kebanggaan anak Kelantan.
📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 Zepp Kuala Lumpur
✨ Satu malam. Satu pentas. Satu jiwa.
🔥 KL KITE DATANG! 🔥
Tag geng anok Kelate korang dan pakat share ramai-ramai. Jumpa di Zepp KL!
#KelateKL2026
#100Orikelate
#SuaroKitoJiwokito
#KLKiteDatang
#AnokKelate
#DikirBarat
#WayangKulit
#ZeppKL
#KelantanUntukMalaysia
Fenomena hiburan Pantai Timur bakal mencipta gelombang baharu di ibu kota menerusi konsert mega Kelate Ke KL 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Acara berskala besar ini mengetengahkan tema “Suaro Kito, Jiwo Kito – 100% Ori Kelate”, sekali gus menjadi platform istimewa untuk meraikan bakat, identiti dan semangat seni anak Kelantan dalam satu malam penuh warna dan emosi.
Konsert ini menghimpunkan barisan artis popular yang menjadi kebanggaan Kelantan, menjanjikan persembahan bertenaga yang menggabungkan pelbagai genre muzik serta elemen budaya tempatan. Antara nama yang bakal menghangatkan pentas ialah Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Capella, yang masing-masing mempunyai pengikut tersendiri dalam industri muzik tempatan.
Menurut Pengarah Projek Kelate Ke KL 2026, Mas Ayie Mas Omar, penganjuran konsert ini bukan sekadar sebuah acara hiburan semata-mata, tetapi juga sebuah usaha untuk mengangkat identiti seni dan budaya Kelantan ke peringkat yang lebih luas. Ia turut menjadi medan pertemuan anak-anak Kelantan serta peminat muzik Pantai Timur dari seluruh negara dalam suasana yang lebih besar, profesional dan berprestij.
Selain persembahan utama, penganjur turut merancang pelbagai pengisian menarik termasuk penampilan khas, elemen budaya serta kejutan eksklusif yang akan diumumkan secara berperingkat menjelang hari konsert. Ini sekali gus menambah keterujaan peminat yang menantikan kelainan dalam penganjuran edisi kali ini.
Maklumat penjualan tiket pula akan diumumkan dalam masa terdekat, dengan jualan rasmi bakal dilakukan secara eksklusif menerusi Illaso.com.my. Orang ramai digalakkan untuk mengikuti saluran media sosial rasmi Kelate Ke KL 2026 bagi mendapatkan perkembangan terkini, termasuk pengumuman tarikh jualan tiket serta aktiviti tambahan yang dirancang.
Dengan gabungan artis berbakat, tema yang kuat serta misi memperkenalkan budaya Kelantan ke arus perdana, Kelate Ke KL 2026 dijangka menjadi antara konsert paling dinanti pada tahun 2026, sekaligus mencetuskan fenomena baharu dalam industri hiburan tanah air.
KELATE KE KL 2026
Tarikh: 29 Ogos 2026
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
Dianjurkan Oleh
Natriya Enterprise
Irama Entertainment
Ikarl Project









