
Selepas lebih tiga dekad disimpan, kumpulan rock terkenal Steelheart akhirnya melancarkan versi mereka bagi lagu klasik “Without You”, yang bakal menemui peminat di semua platform penstriman digital pada 10 Julai 2026. Lagu yang pernah dirakam oleh vokalis utamanya, Miljenko Matijevic, pada tahun 1996 itu tidak pernah diterbitkan sehingga kini. Rakaman baharu ini menampilkan susunan muzik lebih megah dengan iringan 40 pemuzik orkestra, sekali gus memberikan dimensi baharu kepada karya ikonik ciptaan Pete Ham dan Tom Evans daripada kumpulan Badfinger. Menurut Matijevic, lagu ini merupakan antara persembahan vokal paling emosional sepanjang kariernya sebagai penyanyi.
Pelancaran ini turut bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-30 Steelheart, yang dikenali menerusi lagu malar segar seperti “She’s Gone” dan “I’ll Never Let You Go (Angel Eyes)”. Sejak kemunculan album sulung mereka pada tahun 1990, Steelheart terus dikenang sebagai antara kumpulan rock yang memiliki pengaruh besar di pentas antarabangsa. Dengan nafas baharu yang dibawa menerusi “Without You”, Steelheart sekali lagi membuktikan kemampuan mereka menghidupkan karya klasik untuk dinikmati oleh generasi lama dan baharu.
“WITHOUT YOU” BAKAL DILANCARKAN DI SEMUA PLATFORM PENSTRIMAN DIGITAL PADA 10 JULAI 2026.
Jangan lepaskan peluang menjadi antara yang terawal mendengarkan interpretasi baharu Steelheart untuk lagu klasik ini. Pra-simpan (pre-save) “Without You” sekarang di: https://hypeddit.com/steelheart/withoutyou
Turut nantikan projek rock original terbaharu daripada Steelheart yang akan dilancarkan sepanjang tahun 2026.





