Penantian peminat sukan tempur tanah air akhirnya berakhir apabila tiket rasmi untuk FURY Championship Vol. II kini mula dijual menerusi platform Wowtix sempena penganjuran kejohanan berprestij itu yang bakal berlangsung pada 25 Julai 2026 di Karisma Arena, Negeri Sembilan.
Selepas mencetuskan keterujaan menerusi pengumuman barisan pertarungan serta pelbagai aktiviti rasmi kejohanan, edisi kedua FURY Championship dijangka tampil lebih besar dan lebih mendebarkan. Acara ini bakal menghimpunkan atlet-atlet tempatan dan antarabangsa dalam satu malam penuh aksi, persaingan sengit dan hiburan yang pastinya dinantikan para peminat sukan tempur.
Sambutan luar biasa terhadap kejohanan ini terbukti apabila kategori Super Early Bird habis terjual dalam tempoh hanya tujuh minit selepas jualan dibuka. Pencapaian tersebut mencerminkan tahap keterujaan dan sokongan tinggi daripada peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kejohanan ini secara langsung. Bagi yang masih ingin mendapatkan tempat, tiket Early Bird masih boleh dibeli melalui Wowtix sehingga 30 Jun 2026 sebelum harga normal mula berkuat kuasa. Tiket ditawarkan pada harga bermula serendah RM39.90. Harga tiket yang tersedia adalah seperti berikut:
| Early Bird (21 – 30 Jun 2026 Sahaja) | Harga Normal (Bermula 1 Julai 2026) |
| Hoder – RM39.90 | Hoder – RM59.90 |
| Valkyrie – RM59.90 | Valkyrie – RM89.90 |
| Frigga – RM89.90 | Frigga – RM109.90 |
| Thor – RM109.90 | Thor – RM139.90 |

Tumpuan utama pada malam kejohanan pastinya terarah kepada perebutan gelaran sulung Fury Muay Thai Lightweight Championship yang menemukan dua nama besar serantau iaitu Izat Zaki dari Malaysia dan Brian Lawitan dari Indonesia. Pertembungan yang dinanti-nantikan ini dijangka menjadi aksi kemuncak yang bakal mencuri perhatian peminat sukan tempur dari kedua-dua negara. Antara acara yang lain yang bakal menghangatkan pentas adalah:
| PERLAWANAN | PETARUNG |
| Perlawanan 1 | Faris HFL (Malaysia) VSSyafiq (Malaysia) |
| Perlawanan 2 | Qaie Mongkolchai (Malaysia) VSAbilio The Bumblebee (Indonesia) |
| Perlawanan 3 | The Molotok (Afghanistan) VSAl-Hafiz (Malaysia) |
| Perlawanan 4 | Wan Epul (Malaysia) VSWasu Kib Boxing (Thailand) |
| Perlawanan 5 | The Golden Shin (Malaysia) VSSammy Algiers (British) |
| Perlawanan 6 | Danial Kereta Kebal (Malaysia) VSSupergaas (Indonesia) |
| Perlawanan 7 | Sabri Thaivisix (Malaysia) VSThe Victories (Morocco) |
| Perlawanan 8 | Kilat Boy (Malaysia) VSKitidech Hirunsuk (Thailand) |
| Perlawanan 9 | Pertarungan Kejutan |
| Perlawanan 10 | Asura Thiagesh (Malaysia) VSYotharit Petchtyindee (Thailand) |
| Perlawanan 11 | Baby Legion (Malaysia) VSYat Rambo (Indonesia) |
| Perlawanan 12 | Putih Pretty Boy (Malaysia) VSIlham Flanker Leoisa (Indonesia) |
Bagi peminat yang tidak berpeluang hadir ke venue, FURY Championship Vol. II turut boleh disaksikan secara eksklusif menerusi siaran Pay-Per-View (PPV) di platform Tonton selaku rakan penyiaran rasmi kejohanan. Melalui siaran ini, peminat berpeluang mengikuti setiap detik aksi dan kemeriahan acara dari mana sahaja.
Akses PPV kini sudah boleh didapati dengan harga promosi Early Bird serendah RM11.90 bermula 21 hingga 30 Jun 2026. Selepas tempoh promosi berakhir, harga normal RM16.90 akan dikenakan bermula 1 hingga 25 Julai 2026. Tawaran istimewa ini memberikan peluang kepada peminat untuk menikmati aksi bertaraf antarabangsa pada harga yang lebih berpatutan.

Dengan barisan pertarungan menarik, perebutan gelaran sulung serta sambutan yang memberangsangkan daripada peminat, FURY Championship Vol. II dilihat bersedia untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara sukan tempur paling dinanti dan berprestij di Malaysia tahun ini.










