GEORGE TOWN – Pengeluar tilam lateks asli terkemuka tempatan, Getha, melakar sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Tilam Perkahwinan Pertama di Malaysia (First Wedding Mattress in Malaysia) menerusi pelancaran koleksi istimewa With Love, Getha – Wedding & Celebration Collection.
Dirasmikan di Gurney Plaza sempena pembukaan rasmi pusat pameran Getha Sleep Therapy Centre di aras tiga pusat beli-belah berkenaan, koleksi ini mengambil inspirasi daripada adat tradisi masyarakat Cina iaitu an chuang (安床) atau penyediaan katil pengantin. Tradisi turun-temurun ini diterjemahkan terus ke atas rekaan tilam tanpa mengabaikan fungsi asasnya sebagai ruang istirahat yang mewah dan ergonomik.

Pengarah Projek Getha, Kevin Tan, menegaskan bahawa inovasi bukan sekadar mencipta formula atau bahan baharu, sebaliknya lahir daripada kefahaman mendalam terhadap warisan budaya serta nilai emosi yang menyatukan masyarakat. Tilam edisi khas ini menampilkan kemasan baldu merah mewah di bahagian sisi lengkap bersama sulaman lambang Double Happiness (囍) yang melambangkan kebahagiaan berganda. Bagi memberikan sentuhan peribadi, pelanggan boleh menempah sulaman nama pasangan dan tarikh perkahwinan, monogram khas, mahupun memilih variasi With Blessing, Getha yang menyediakan 12 simbol kemakmuran seperti kasih sayang (愛), tuah (福), kekayaan (財), dan kejayaan (發).

Di sebalik keindahan visual berunsur tradisi, tilam ini dibina berasaskan kecemerlangan teknologi siri Transforme Miracle Latex yang menggunakan 100 peratus lateks semula jadi dengan suntikan teknologi penyejukan Graphite+ serta fabrik BioCool berasaskan serat tebu bagi mengurangkan haba badan sepanjang malam. Ditawarkan pada saiz Queen dan King melalui variasi asas dan PrimeFibre, koleksi ini turut disertakan pakej promosi diskaun 35 peratus, rebat tukar beli tilam terpakai sehingga RM1,500, set bantal kusyen Double Happiness percuma, serta potongan 50 peratus bagi set cadar eksklusif Nano Silver Tencel. Koleksi perkahwinan ini kini boleh didapati di semua cawangan Getha Sleep Therapy Centre, wakil pengedar sah, dan platform dalam talian rasmi Getha.











