Drama bersiri Doa Yang Terlindung terus mencipta kejayaan tersendiri apabila mencatat pencapaian memberangsangkan di pertengahan siaran, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara judul paling berpengaruh di slot Akasia TV3. Sejak mula bersiaran, drama ini konsisten meraih perhatian penonton dan kekal trending merentas pelbagai platform, termasuk iQIYI.
Prestasi cemerlang ini terserlah apabila drama berkenaan merekodkan capaian tontonan televisyen tertinggi melebihi empat juta penonton setiap episod, membuktikan penerimaan luar biasa terhadap naskhah yang berani dan relevan. Di platform digital dan media sosial, Doa Yang Terlindung turut mencetuskan perbualan hangat dengan jumlah capaian keseluruhan mencecah 600 juta, merangkumi perkongsian klip episod, reaksi emosi penonton serta perbincangan mingguan yang berterusan.
Kejayaan ini turut dipacu oleh sokongan penonton digital apabila episod baharu boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI sejam selepas siaran di TV3. Pendekatan ini berjaya memperluas jangkauan drama kepada audiens yang lebih pelbagai, di samping mengekalkan momentum perbualan dalam talian.
Menjelang minggu-minggu terakhir siaran, momentum Doa Yang Terlindung dijangka terus meningkat apabila konflik cerita semakin memuncak dan penonton menantikan jawapan kepada persoalan yang sekian lama menjadi tanda tanya. Dengan jangkaan capaian tontonan mencecah lima juta penonton pada minggu akhir, drama ini diramal menutup tirai dengan impak yang mendalam kepada penonton setianya.
Dengan pencapaian kukuh di kaca televisyen dan platform digital, Doa Yang Terlindung bukan sekadar sebuah drama, malah muncul sebagai fenomena yang menyatukan emosi dan perbualan penonton menjelang episod kemuncak. Tumpuan kini terarah kepada bagaimana segala konflik akan dirungkaikan, menjadikan setiap episod terakhir semakin dinanti-nantikan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan minggu terakhir Doa Yang Terlindung, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Episod baharu juga boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI sejam selepas siaran televisyen menerusi laman web rasmi atau aplikasi di Google Play dan App Store. Untuk info terkini serta kandungan eksklusif, ikuti TV3 di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat @dramasangat.













