Sumbangan Penuh Kasih: Kumpulan Sri Ternak Serahkan Bantuan SARA ke Rumah Amal Cheshire Selangor

RM100 mampu memberi impak yang besar. Selaras dengan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat, pihak pengurusan Kumpulan Sri Ternak baru-baru ini memanfaatkan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu Bantuan Tunai RM100 secara ‘one-off’, bagi menyokong komuniti yang memerlukan sempena Tahun Baharu ini.

Pihak pengurusan telah meluangkan masa di pasar raya borong 24 jam Sri Ternak di Selayang untuk membeli pelbagai barangan keperluan harian, termasuk beras, gula, susu, tepung, minyak masak, biskut dan keperluan lain. Barangan ini kemudian disumbangkan kepada Rumah Amal Cheshire Selangor, sebuah pusat jagaan yang menyokong individu kurang upaya daripada pelbagai bangsa dan latar belakang agama. Selain itu, Rumah Amal Cheshire Selangor turut menerima sumbangan baucar tunai bernilai RM5,000 daripada Kumpulan Sri Ternak bagi menampung keperluan harian penghuni.

Datuk Raymond Ho Cheng Hann, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, berkata, “Di Kumpulan Sri Ternak, kami kekal komited untuk menyokong komuniti yang kami santuni. Sebagai salah sebuah rakan runcit di bawah inisiatif MyKasih, pasar raya borong 24 jam kami menyediakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Penghargaan SARA kepada penerima, memberikan akses kepada keperluan harian pada bila-bila masa di 14 cawangan kami. Walaupun dengan peruntukan yang sederhana, kami berharap usaha bersama ini dapat memberi impak yang bermakna kepada penghuni Rumah Amal Cheshire Selangor pada Tahun Baharu ini serta menggalakkan syarikat korporat lain melakukan perkara yang sama.”

Kumpulan Sri Ternak adalah salah sebuah rakan runcit di bawah inisiatif MyKasih, yang membolehkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Penghargaan SARA menggunakan Bantuan Tunai RM100 ‘one-off’ di semua cawangan Sri Ternak dan ST Rosyam Mart. Dengan MyKad, penerima yang layak boleh membeli barangan daripada 14 kategori yang diluluskan, termasuk beras, roti, biskut, tepung, mi segera, telur, minyak masak, makanan dalam tin, minuman, perasa, barangan penjagaan diri, produk pembersih, keperluan sekolah, dan ubat-ubatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Sri Ternak dan ST Rosyam Mart, sila layari laman web rasmi di www.sriternak.com serta platform media sosial Facebook, Instagram, dan TikTok.