Khabar gembira buat warga Bumi Kenyalang! Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak bakal kembali memeriahkan Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching dari 5 hingga 7 September 2025, menjanjikan hujung minggu penuh hiburan, tawaran menarik dan pelbagai aktiviti mesra keluarga yang meraikan semangat kebersamaan masyarakat Sarawak.
KJH Segulai Sejalai Sarawak kali ini menampilkan pelbagai tarikan menarik, termasuk Konsert Jom Heboh selama dua malam berturut-turut, pertandingan karaoke, permainan pentas, dan sesi ramah mesra bersama selebriti drama TV3 serta personaliti Media Prima. Kerjasama strategik bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) membolehkan pengunjung berinteraksi dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Muzium, Lembaga Pelancongan Sarawak, Majlis Seni Sarawak, BeSarawak, Majlis Kraf Sarawak dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Kesemua agensi ini turut menganjurkan aktiviti khas bagi pengunjung KJH Segulai Sejalai Sarawak 2025.
Selain itu, pengunjung berpeluang mencuba NSTP Racing Sim Experience, Pertandingan Ratu Etnik Drama Sangat, Spin Fighters Challenge, Zumba, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan kanser serviks, Bola Sepak Jalanan, Soopa Doopa, Jom Memanah, Love Food Festival, tawaran jualan istimewa serta acara seperti Sembang Santai. Inilah peluang sekali setahun untuk menikmati kemeriahan hiburan, gaya hidup, dan kebersamaan masyarakat Sarawak.

Studio Tonton Drama Sangat menampilkan personaliti Media Prima seperti Mior Abdul Malik, Naz Habibur Rahman, Farah Nabilah Wazer, Fatin Hamimah, Asri Badrun, Fadzly Fuad, Barr Zaizan dan Syamira Nazir. Pengunjung juga berpeluang bertemu artis drama kegemaran seperti Wanie Ooi, Mark Adam, Ezzanie Jasny, Apich Lo, Jazmy Juma dan Marsha Milan. Aktiviti menarik lain termasuk Pertandingan Ratu Etnik Drama Sangat, Pertandingan Jaguh Kartun dan kemunculan maskot popular Ejen Ali.
Pengunjung juga boleh merasai pengalaman mendebarkan melalui NSTP Car Sim Experience, menguji skil memandu dalam simulasi realistik seperti di litar perlumbaan sebenar. Aktiviti ini menjanjikan cabaran penuh aksi dan pengalaman sukar dilupakan.
Pentas utama karnival menawarkan pelbagai aktiviti sihat seawal 9.00 pagi, termasuk sesi Zumba bersama KKM dan Bola Sepak Jalanan. Malam pertama karnival pada Jumaat, 5 September 2025, menampilkan Sembang Santai sempena Maulidur Rasul, dengan perkongsian kisah teladan, nilai murni dan pengajaran dari sirah Nabi Muhammad SAW dalam suasana santai dan mudah difahami untuk semua peringkat umur.
Konsert Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak yang dibawakan oleh U Mobile menjanjikan pengalaman muzik tiada tandingan. Hos utama Hanif Miswan dan Ayu (Hot FM) memastikan setiap persembahan dipenuhi gelak tawa, sorakan dan semangat luar biasa. Pada Sabtu, 6 September 2025, pentas utama akan menampilkan Lan Solo, Marsha Milan, Ara Johari, Haiza dan Datuk Aishah. Manakala Ahad, 7 September 2025, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan Floor 88, Wany Hasrita, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Amir Jahari.
Reruai Kedai Jom Heboh menawarkan barangan cenderahati eksklusif TV Media Prima seperti TV3, Jom Heboh dan Ejen Ali, termasuk t-shirt, topi, botol air, payung dan banyak lagi. Sementara itu, Studio Jom Heboh menyediakan pengalaman menyeronokkan dengan aktiviti interaktif seperti beramah mesra bersama Penyampai Radio Media Prima Audio, lukisan karikatur, Emcee Cilik, bilik foto, servis henna dan pelbagai aktiviti menarik lain. Pengunjung juga boleh mendapatkan hadiah percuma dengan mengikuti media sosial rasmi Jom Heboh.
Love Food Festival pula membolehkan pengunjung menikmati pelbagai hidangan viral popular seperti Lamb Shank Chef Ammar, Bakso Beranak by Vicha dan Cikidot, sambil bersantai di kawasan rehat yang disediakan. Lebih 100 reruai lain turut menawarkan promosi hebat dan hadiah menarik daripada KWSP, F&N, Kewpie, Treatz Food, Affin Bank, Zus Coffee dan banyak lagi.
Warga Borneo, jangan lepaskan peluang menyertai karnival paling meriah tahun ini! Bawa keluarga, sahabat dan rakan-rakan untuk menikmati hiburan tanpa henti, juadah lazat, serta peluang beramah mesra dengan selebriti kegemaran. Abadikan momen indah anda dan kongsikan keseronokan dengan tanda pagar rasmi #TV3SentiasaBersamamu dan #KarnivalJomHeboh. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti media sosial rasmi di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.