Kempen tahunan SAJI Terima Kasih Malaysia (STKM) kembali lagi tahun ini dengan membawa tema “Rentak yang berbeza, sajian yang sama”. Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, STKM telah menjadi wadah utama untuk meraikan kepelbagaian budaya, muzik, dan sajian Malaysia. Ia juga merupakan simbol penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak pernah putus memberikan sokongan kepada SAJI serta jenama-jenama di bawah kumpulan FGV.
Berlandaskan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, STKM menegaskan komitmen SAJI sebagai jenama yang sentiasa bersama rakyat. Sebagai pengeluar makanan yang dipercayai, SAJI menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan serta mudah didapati di pasaran. Hal ini menjadikan setiap hidangan bukan sahaja lebih istimewa, malah mampu menyatukan keluarga di meja makan.

Sejak tahun 2000, SAJI berkembang daripada sekadar jenama minyak masak kepada rangkaian produk makanan yang semakin meluas. Dari krimer, mi segera, sos masakan hinggalah santan, produk SAJI telah melengkapi kehidupan harian rakyat Malaysia. Setiap produk yang dibawa bukan sahaja memudahkan urusan dapur, tetapi juga mencipta momen istimewa apabila keluarga berkongsi hidangan bersama.
Tema Rentak dan Sajian pada tahun ini dipilih bagi mengingatkan kita bahawa meskipun rakyat Malaysia datang daripada latar belakang yang berbeza, kepelbagaian itulah yang menjadikan kita istimewa. Sama seperti sajian yang hanya lengkap dengan pelbagai rasa, harmoni hanya tercapai apabila kita menerima perbezaan.