Anugerah Lagu Indie 2024 (ALI24), yang meraikan kreativiti dan keaslian muzik bebas tempatan, baru-baru ini menamatkan acara penyampaian hadiah peraduan “Tonton ALI24 & Menang Motor” kepada pemenang bertuah. Majlis berlangsung semasa Siaran Langsung Pentas Akhir ALI24 pada 27 Julai lalu.

Ini merupakan tahun kedua Honda Motorcycle Malaysia bekerjasama dengan Anugerah Lagu Indie. Tahun ini, Honda menaja sebuah Honda RS-X Winner bernilai RM10,298.00, yang dimenangi oleh Fathana Nadirah bt Mohd Tareh, 36 tahun.
Majlis penyampaian hadiah diadakan di Honda Impian X V Power Motor Sdn. Bhd., Batu Caves, Selangor, disempurnakan oleh Steven Chin, Division Head of Marketing, bersama Jennifer Thompson, Co-EP ALI24. Turut hadir memeriahkan acara ialah Eddick Cheah (Brand Comms Manager), Helmi Azman dan Haziq Fairuze, pelumba pasukan Maeztro SCK Honda Racing Team dan Idemitsu Honda Yam Racing.
Tajaan ini bertujuan mengukuhkan hubungan jenama Honda dengan golongan belia di Malaysia, melalui peraduan menarik yang menawarkan Honda RS-X Winner sebagai hadiah utama.
Mengenai Peraduan “Tonton ALI24 & Menang Motor”
Peraduan ini dijalankan secara eksklusif di Platform X, khas untuk penonton YouTube ALI (@anugerahlaguindie). Sepanjang program, tiga kod unik diperkenalkan dalam segmen berbeza. Peserta perlu mengumpulkan ketiga-tiga kod dan menjawab satu soalan berkaitan Honda dengan cara:
- Menghantar ciapan di Platform X yang mengandungi ketiga-tiga kod dan jawapan soalan.
- Menandai @anugerahlaguindie dan @hondamotorcycle.my, serta menggunakan hashtag #ALI2024HONDA.
Pemenang dipilih berdasarkan peserta pertama yang menghantar maklumat dengan betul dan pantas. Promosi berlangsung dari 21 – 27 Julai 2025, dengan pemenang diumumkan secara rasmi pada Malam Finale ALI24 di Jiospace, Petaling Jaya.