Menurut Dr. Zhen-Yu Chen, Ahli Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife, kesihatan tulang dan sendi merupakan isu besar yang semakin meningkat di Malaysia. Setiap bulan Oktober, dunia menyambut Hari Artritis Sedunia dan Hari Osteoporosis Sedunia sebagai peringatan tentang pentingnya penjagaan tulang dan sendi.

Dr. Zhen-Yu Chen, Ahli Lembaga Penasihat Pemakanan, Herbalife.
Kenapa Kesihatan Tulang Penting?
Ada pepatah menyebut “bones age before the person” – tulang kita menua lebih awal daripada usia sebenar. Tulang manusia terdiri daripada:
- Kalsium karbonat & kalsium fosfat (45%)
- Kolagen (36%)
- Lemak (10%)
- Air (5%)
- Bahan lain (4%)
Kalsium adalah mineral paling banyak dalam tubuh, di mana 99% tersimpan dalam tulang dan gigi.
Namun, bila umur meningkat, tulang kita mula kehilangan kalsium secara perlahan. Ditambah pula dengan penurunan hormon dan aktiviti osteoblas (sel pembentuk tulang), tulang menjadi semakin rapuh. Inilah punca osteoporosis.
Kajian menunjukkan:
- 15.3% rakyat Malaysia mengalami osteoporosis.
- Dalam kalangan mereka yang berumur 71 tahun ke atas, angkanya melonjak ke 32.6%.
- Malaysia kini menuju ke arah negara menua, dengan warga emas (65 tahun ke atas) dijangka meningkat daripada 8.1% (2024) kepada 14.5% menjelang 2040.
Osteoporosis dikenali sebagai “penyakit senyap” kerana ia biasanya tidak disedari sehingga berlaku patah tulang. Faktor risiko lain termasuk jantina, genetik, etnik, gaya hidup dan sejarah keluarga.

Suplemen yang diambil dengan betul boleh menyokong fungsi semula jadi badan.
Cara Menjaga Kesihatan Tulang
Untuk mengekalkan tulang yang kuat, kita boleh lakukan perkara berikut:
- Bersenam secara konsisten – terutama sejak muda untuk maksimumkan ketumpatan tulang.
- Amalkan diet seimbang – banyakkan makanan tinggi kalsium seperti susu, keju, kacang, dan sayuran hijau.
- Dapatkan cahaya matahari – vitamin D membantu penyerapan kalsium.
- Elakkan merokok & alkohol berlebihan – kerana ia mempercepatkan kerapuhan tulang.
- Pertimbangkan suplemen kalsium & vitamin D – terutama bagi yang berusia.
Fakta penting:
- Purata rakyat Malaysia hanya ambil 490.3 mg kalsium sehari.
- Saranan Nutrien Disyorkan (RNI) adalah 1000 mg sehari untuk dewasa, dan 1200 mg sehari untuk wanita 50 tahun ke atas.
- Kalsium lebih mudah diserap dalam bentuk organik seperti kalsium sitrat, glukonat & laktat, berbanding karbonat atau fosfat.
- Mengambil kalsium bersama jus oren (vitamin C) boleh bantu tingkatkan penyerapan.
Kenapa Kesihatan Sendi Sama Penting?
Badan kita mempunyai lebih 300 sendi , termasuk di bahu, siku, lutut, pinggul, tulang belakang, dan pergelangan tangan. Sendi membolehkan kita bergerak bebas, tapi bila rawan menipis atau meradang, ia boleh menyebabkan artritis.
Fakta di Malaysia:
- Osteoartritis (OA) menjejaskan 10–20% orang dewasa dan hampir 27% warga emas.
- Reumatoid artritis (RA) menjejaskan kira-kira 5 daripada setiap 1,000 rakyat Malaysia.
Apabila usia meningkat, cecair sendi berkurangan, rawan menipis, dan tulang jadi lemah – inilah sebab sendi lebih mudah sakit dan kaku.

Cara Melindungi Sendi
- Jaga diet seimbang, cukup kalsium
- Kawal berat badan untuk kurangkan tekanan pada sendi.
- Sentiasa aktif dengan senaman ringan.
- Amalkan postur betul semasa berjalan, duduk, dan bekerja.
- Elakkan terdedah lama pada persekitaran sejuk/lembap.
- Ambil suplemen kesihatan sendi jika perlu.
Antara nutrien popular untuk kesihatan sendi ialah:
- Glukosamin – bantu bina rawan & cecair sinovial.
- Kondroitin sulfat – bantu baiki rawan rosak & kurangkan keradangan.
- MSM (Methylsulfonylmethane) – bantu kurangkan sakit sendi, bengkak & kekakuan.
Banyak suplemen gabungan kini mengandungi ketiga-tiga bahan ini untuk sokongan menyeluruh.
Kesihatan tulang dan sendi sangat penting untuk kita kekal aktif dan berdikari, lebih-lebih lagi bila usia meningkat. Amalkan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif, dan sokongan nutrisi jika perlu.
Herbalife juga bakal memperkenalkan produk baharu yang berasaskan tradisi untuk membantu melegakan sakit sendi, supaya rakyat Malaysia dapat terus bergerak dengan lebih selesa setiap hari. – Tehtariktimes