HONOR Catat Rekod Jualan Hujung Minggu di JB, Magic V5 Jadi Rebutan

Suasana di Mid Valley Southkey Johor Bahru meriah luar biasa hujung minggu lalu apabila HONOR melancarkan secara rasmi Kedai HONOR Experience dan Pusat Servis terbesar mereka di luar negara. Serentak dengan itu, jualan perdana peranti boleh lipat premium terbaharu, HONOR Magic V5, menyaksikan sambutan luar jangkaan daripada pengguna yang membanjiri lokasi berkenaan sejak awal pagi.

Acara perasmian yang berlangsung pada 26 Julai disempurnakan oleh Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li, dan Pengarah The Hello Station, Lee Fook Sin, dengan simbolik pemotongan reben. Kehadiran peminat jenama tersebut membuktikan betapa Malaysia kini menjadi antara pasaran terpenting bagi HONOR di peringkat global.

“Kami memilih Malaysia untuk pembukaan kedai flagship ini kerana penerimaan pengguna yang sangat menggalakkan. Kehadiran lebih 100 HONOR Experience Store termasuk di KLCC adalah hasil sokongan luar biasa rakyat Malaysia,” kata Justin Li. Beliau turut menyifatkan pelancaran HONOR Magic V5 sebagai penanda aras baharu inovasi teknologi lipat.

HONOR turut memanfaatkan majlis perasmian ini untuk menawarkan pelbagai aktiviti eksklusif – dari bengkel teknologi AI Magic V5, pameran ketahanan peranti, hingga sesi lukisan potret pelanggan secara langsung. Pengunjung juga berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah serta kotak misteri edisi terhad, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna.

Model Magic V5 yang ditawarkan dalam empat kemasan mewah Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black hadir dengan spesifikasi hebat termasuk RAM 16GB, storan 512GB, pengecasan pantas, bateri silikon karbon ultra nipis, serta pelbagai fungsi AI untuk multitugas. Pelanggan turut menikmati hadiah bernilai RM2,697 dan rebat tukar beli RM400.

Antara pembeli awal, Farid, menyatakan: “Saya guna telefon untuk kerja setiap hari, dan Magic V5 sangat bantu saya multitugas. Reka bentuknya ringan dan nipis – memang sesuai untuk gaya hidup aktif saya.”

HONOR Magic V5 kini boleh didapati di semua saluran rasmi HONOR termasuk laman sesawang, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic. Lebih menarik, HONOR menawarkan pelan ansuran 24 bulan tanpa faedah dengan bayaran serendah RM292 sebulan.

Dengan pendekatan menyeluruh – dari inovasi produk hingga pengalaman selepas jualan – HONOR terus membuktikan komitmen terhadap pengguna Malaysia. Kunjungi HONOR Experience Store terdekat hari ini dan alami sendiri kehebatan Magic V5. – Tehtariktimes