Jangan terkejut kalau nampak geng Harley-Davidson bawa adik-adik layan filem animasi! Sempena tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), Harley Owners Group Kuala Lumpur Route 77 (HOGKL) tampil dengan misi istimewa konvoi penuh gaya dari HDKL Route 77 ke GSC Mid Valley Megamall bersama 50 anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni.

Bukan sekadar tunggang motor besar, abang-abang Harley turut tunjuk jiwa penyayang. Reaksi? Semua seronok! Filem penuh aksi, mesej positif dan animasi padu buat bukan saja budak-budak, tapi rider-rider sendiri pun puas hati. “Kami nampak je ganas, tapi Ejen Ali memang buat kami ‘layan’ habis. Sound mantap, jalan cerita power confirm berbaloi,” kongsi Presiden HOGKL, Mohamad Wira.
Inisiatif ini merupakan sebahagian program CSR HOGKL untuk menyebarkan senyuman kepada komuniti. Misi belum tamat unlock fasa seterusnya dan terus sokong Ejen Ali The Movie 2 di pawagam! – Tehtariktimes