Nidji Serbu Malaysia Bersama Ejen Ali!

Kumpulan muzik terkenal dari Indonesia, Nidji, kembali ke Malaysia bagi memeriahkan tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) selepas kejayaan lagu tema mereka, ‘Teman Sejati’. Pada 1 Jun, peminat berpeluang menyaksikan filem animasi ini sambil bertemu ahli kumpulan Nidji menerusi aktiviti Ejen Ali Nonton Bareng with Nidjiholics di GSC IOI City Mall Putrajaya dan GSC One Utama. Selepas tayangan, sesi Meet & Greet bersama Nidji dan maskot Ejen Ali & Ejen Alicia akan berlangsung. Tiket berharga RM35, termasuk barangan rasmi eksklusif, boleh didapati di panggung GSC.

Selain itu, Nidji akan mengadakan penampilan khas pada 3 Jun di TGV Central i-City, Shah Alam dengan lawatan ke empat dewan tayangan selepas setiap slot tamat. Penonton berpeluang bergambar bersama artis dan maskot serta memenangi hadiah eksklusif. Sebagai kemuncak, Nidji akan tampil dalam program eksklusif Melodi Showcase Nidji x EATM2 Music Tour yang akan disiarkan di TV3 pada bulan Jun sempena ulang tahun ke-41 TV3.

Lagu ‘Teman Sejati’ mendapat pujian ramai kerana liriknya yang inspiratif dan melodi yang segar, selari dengan tema persahabatan dalam filem ini. Lagu ini menjadi simbol ikatan erat para ejen dalam menghadapi cabaran. Jangan lepaskan peluang menonton filem animasi penuh aksi ini bersama keluarga sepanjang cuti sekolah. Dapatkan tiket segera dan kongsi pengalaman anda dengan hashtag #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli #Letsplay #AniMY #SapotLokal #SaluteAnimatorTempatan. – Tehtariktimes