Tonton Gen+ Serlahkan Keyakinan Pelajar SESERI!

TONTON GEN+ SUAI KENAL SEKOLAH (SESERI) TONTON GEN+ SUAI KENAL SEKOLAH (SESERI)

Seramai 344 murid dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) telah menyertai program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah, anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima dengan kerjasama TV3, Tonton, DIDIKTV KPM dan SAFI Shayla.

Program CSR ini membawa pendekatan pembelajaran santai dan menyeronokkan melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti Uji Bakat, Tic Tac Toe dan Mix & Match yang menggalakkan komunikasi, keberanian dan penerokaan bakat pelajar.

Kehadiran selebriti popular seperti Hariz Hamdan, Apich Lo, kumpulan Dukes, Syafiq Adnan, Amirulhakim Lokman, Risk Saidon, Aizat Saha dan Nisa Kay turut menceriakan suasana serta berkongsi kisah inspirasi yang menyuntik semangat kepada para pelajar.

Menurut Encik Ali Iskandar bin Othman, Pengurus Pemasaran Kandungan TV3 & Tonton, program ini bertujuan membantu pelajar mengenal potensi diri, meningkatkan keyakinan dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan di luar bilik darjah.

Sesi ceramah “Sis Shay, Inspirasi Hijabi” oleh SAFI Shayla turut diadakan untuk memberi pendedahan kepada remaja perempuan tentang penjagaan diri dan rambut berhijab, sejajar dengan nilai utama jenama itu iaitu “Keyakinan Bermula dari Penjagaan Diri.”

Turut hadir ialah Puan Rozaina Mahmod, Pengurus Hal Ehwal Korporat & Kawalselia SAFI dan Puan Norzila binti Ali Musa, Pengetua SESERI. Dengan sokongan rakan strategik dan selebriti, Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah terus menjadi platform yang mencetus inspirasi serta perubahan positif kepada generasi muda. – Tehtariktimes