Jiwa Dijual? “LAKNAT” 5 Jun 2025

laknat laknat

LAKNAT adalah sebuah filem seram psikologi yang berasaskan kisah benar, bakal menemui penonton pawagam seluruh Malaysia bermula 5 Jun 2025. Filem ini mengangkat kisah manusia yang sanggup menyekutukan Tuhan demi memenuhi nafsu duniawi, dan memperlihatkan akibat tragis apabila seseorang terjerumus dalam tipu daya iblis. Diarahkan oleh pengarah prolifik Saw Teong Hin, diterbitkan oleh Real Films dengan kerjasama Tutan Entertainment, dan diedarkan oleh D’Ayu Pictures, LAKNAT mengajak penonton merenung kembali hakikat kehidupan yang sebenarnya hanyalah persinggahan sementara untuk mengumpul bekalan ke akhirat.

Filem ini menegaskan bahawa segala amalan khurafat dan syirik adalah dosa besar yang membawa laknat jika tidak disedari dan ditinggalkan. Kisah ini terinspirasi daripada pengalaman sebenar beberapa individu yang tanpa sedar memusnahkan keimanan mereka akibat terpedaya hasutan iblis. Dalam filem ini, Luth berhadapan dengan kehilangan adiknya, Laila, yang membuka dimensi gelap ketika dia membuat perjanjian dengan syaitan, Laqqus.

Ketika semangat Luth lemah, iblis muncul dalam bentuk ahli keluarganya dan menawarkan pertolongan yang ternyata adalah ilusi berbahaya. Melalui perjalanan Luth, filem ini menyampaikan mesej penting bahawa kehidupan dunia hanyalah ujian dan hanya dengan kembali kepada Allah SWT, manusia mampu menyelamatkan jiwanya dari kebinasaan akibat syirik dan khurafat. Saw Teong Hin, yang mempunyai pengalaman lebih 39 tahun dalam industri kreatif, membawakan sentuhan artistik yang mendalam dalam naskhah ini.

Promosi filem ini turut diadakan secara besar-besaran dengan konvoi e-hailing berstiker khas, edaran sampul raya dengan QR, serta jelajah bertemu penonton di seluruh negara sebelum tayangan rasmi. Jangan lepaskan peluang menonton LAKNAT yang akan mula ditayangkan pada 5 Jun 2025 di pawagam seluruh Malaysia.