RM50 JUTA – PAWAGAM Menanti Anda, Jangan Lepaskan Peluang!

Filem pecah panggung Blood Brothers: Bara Naga sekali lagi mencipta kejutan apabila mencatatkan kutipan luar biasa yang kini mencecah RM50 juta selepas hanya 14 hari tayangan, termasuk tayangan awal! Kejayaan ini bukan sahaja mencuri perhatian, malah turut mencetuskan perbualan hangat di media sosial dengan pelbagai reaksi positif daripada penonton.

Babak pembukaan 10 minit pertama filem ini menjadi viral, dengan ramai yang sanggup kembali ke pawagam hanya untuk menonton semula detik-detik yang penuh adrenalin itu. Malah, bukan sekadar peminat aksi, Blood Brothers: Bara Naga berjaya menyentuh hati penonton dengan setiap babaknya yang penuh emosi dan visual yang mengagumkan.

Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, pengarah dan penerbit filem ini, meluahkan rasa syukur atas sokongan padu yang diterima daripada penonton Malaysia. “Kami amat bersyukur melihat kutipan yang terus meningkat dan kini mencapai tahap yang begitu luar biasa. Ini semua tidak akan berlaku tanpa sokongan padu daripada penonton Malaysia. Terima kasih kerana terus mempercayai dan menyokong filem ini dari awal hingga sekarang,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Penonton yang telah menyaksikan filem ini turut memberi pujian kepada Blood Brothers: Bara Naga yang bukan sahaja sebuah filem aksi, tetapi sebuah pengalaman sinematik yang hanya dapat dirasai sepenuhnya di pawagam. Dari kesan bunyi yang menggegarkan hingga visual yang memukau, filem ini memberikan pengalaman yang tidak dapat dihadirkan di platform OTT atau televisyen. Pengalaman menonton di pawagam membawa penonton ke dalam dunia yang penuh tegang, dengan momen sunyi yang membuatkan seluruh dewan terdiam dan babak-babak yang disambut dengan tepukan gemuruh.

Lebih menarik lagi, Primeworks Studios telah memuat naik babak eksklusif dari scene pertarungan pertama di Instagram, yang turut mencuri perhatian ramai. Walaupun hanya dalam bentuk klip pendek, kesan yang ditinggalkan amat mendalam. Namun, untuk merasai sepenuhnya impak dan kesan sebenar filem ini, penonton disarankan untuk menonton Blood Brothers: Bara Naga di pawagam, di mana setiap perincian dicipta untuk layar besar, memberikan pengalaman yang tiada tandingan.

Bukan hanya sebuah tontonan biasa, Blood Brothers: Bara Naga adalah pengalaman epik yang wajib ditonton di pawagam!

Terima kasih kepada semua yang menyokong filem ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kehebatan Blood Brothers: Bara Naga di pawagam berdekatan. Untuk peminat di Kedah dan Pulau Pinang, jangan lupa! Barisan pelakon filem ini akan turun padang dalam Jelajah Bara Naga hujung minggu ini di lokasi terpilih. Inilah peluang anda untuk bertemu mereka secara langsung dan merasai sendiri kehangatan filem yang sedang mencuri tumpuan ini!