HONOR Pad X9a kini mencuri perhatian di Malaysia dengan harga hanya RM999, satu pakej lengkap yang sukar ditandingi. Dilengkapi dengan papan kekunci Bluetooth pintar, pensel, dan langganan iQiYi selama 3 bulan bernilai RM598, ia memberikan lebih nilai pada harga yang berpatutan.
Tablet ini menampilkan paparan FullView 11.5 inci 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz, memberikan pengalaman visual yang lancar dan jelas walaupun di bawah cahaya matahari dengan kecerahan 400 nits. Sama ada anda menonton drama Korea, filem, atau melayari media sosial, visualnya pasti memukau.
HONOR Pad X9a juga tidak kurang hebat dengan RAM 16GB termasuk 8GB RAM Turbo dan ROM 128GB. Ini bermakna, anda boleh membuka banyak aplikasi serentak tanpa lag. Bateri 8300mAh pula membolehkan tontonan tanpa henti hingga 11.7 jam ditambah pula dengan pengecasan pantas 35W yang memastikan anda kembali beraksi dalam masa singkat.

HONOR Pad X9a bukan sekadar untuk hiburan. Ciri produktiviti seperti AI Handwriting Beautification memudahkan catatan nota yang lebih kemas manakala Voice-to-Text Conversion membantu merakam suara dan menukar terus ke teks, sesuai untuk pelajar dan pekerja profesional. Ditambah pula dengan Multi-Screen Collaboration, anda boleh menghubungkan tablet ini ke komputer riba atau telefon HONOR dengan mudah, menjadikan multitasking lebih efisien.
Direka dengan gaya moden dan warna kelabu Gray yang elegan, HONOR Pad X9a bukan sekadar tablet biasa, ia adalah pakej lengkap untuk hiburan dan produktiviti dengan harga yang amat berbaloi.
Berita baik buat peminat HONOR! Selepas kejayaan versi WiFi, HONOR Pad X9a versi LTE akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 10 April 2025! Bukan itu sahaja — HONOR juga bakal memperkenalkan barisan produk baharu seperti HONOR Pad V9, HONOR MagicBook X14 2025, HONOR Watch 5 dengan warna tali jam baharu yang lebih trendy, serta HONOR Earbuds Open yang pasti mencuri perhatian. Jangan ketinggalan! Ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia dan layari www.honor.com/my/ untuk info terkini.