Dengan slogan “1 Kumpulan Ikonik, 1 Reunion Paling Epik, 1 Pentas Untuk Sejarah”, SENARIOUNION 30 TAHUN | THE LAST KOPEK! dijangka menjadi antara acara hiburan terbesar tahun 2026. Tiket akan mula dijual pada 15 Disember 2025, jam 12 tengah hari menerusi platform Ilasso dan Fantopia, dan sambutan luar biasa dijangka berdasarkan reaksi awal peminat di media sosial.
Acara ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk “berkampung”, berkongsi gelak tawa dan meraikan perjalanan seni yang telah membentuk memori kolektif negara. Lebih daripada sebuah konsert, ia adalah perayaan warisan komedi Malaysia – satu malam istimewa yang akan dikenang sebagai penutup paling bermakna kepada sebuah era legenda.

