Drama Keluarga Itu terus mencuri perhatian apabila watak Ansara lakonan Fattah Amin didakwa mempunyai persamaan dengan kisah peribadinya. Spekulasi ini hangat diperkatakan di media sosial apabila ramai yang mengaitkan watak tersebut dengan kehidupan sebenar pelakon itu.
Bagaimanapun, penerbit dan penulis drama, Eirma Fatima, menepis dakwaan tersebut. Menurutnya, skrip Keluarga Itu sudah dirancang lebih awal sebelum Fattah bercerai. Dia menegaskan bahawa dia tidak pernah mengambil peduli tentang kehidupan peribadi pelakon itu. Jika ada persamaan, ia hanyalah kebetulan.
Sementara itu, Fattah Amin enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi tersebut. Dia menyatakan bahawa sebagai pelakon, tugasnya hanya membawa watak mengikut skrip dan arahan pengarah. Baginya, yang paling penting adalah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Jangan ketinggalan menyaksikan Keluarga Itu setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3! Strim lebih awal di www.tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton di Google Play dan App Store. Untuk info terkini, ikuti @TV3Malaysia dan @dramasangat di media sosial.