UTV Dilancar: Platform OTT Baharu Angkat Hiburan & Karya Tempatan

Industri hiburan Malaysia terus berkembang dengan kehadiran platform penstriman digital eksklusif (OTT) baharu, UTV, yang hadir dengan tagline “Stream For You”.

UTV diperkenalkan oleh Usanita Sdn Bhd sebagai ruang hiburan yang bukan sahaja menyajikan kandungan menarik, tetapi juga membuka peluang besar kepada bakat kreatif tempatan untuk tampil di pentas lebih luas.

Presiden UTV merangkap CEO Usanita Group, Datuk Adzliana Prof. Dato’ Sri Dr. Hasan (Datuk Nana) berkata, UTV lahir daripada pengalaman panjang Usanita bekerjasama dengan industri seni tempatan dan stesen TV antarabangsa.

“Industri seni adalah nadi masyarakat. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi warisan yang mengangkat budaya, identiti dan kisah hidup kita. Dari inspirasi itu, kami lahirkan UTV sebagai platform yang memberi ruang kepada idea baharu untuk direalisasikan,” – Datuk Nana

Beliau menambah, ramai penulis skrip, penerbit dan kreator mempunyai karya hebat tetapi tiada ruang untuk diketengahkan. Dengan UTV, mereka kini boleh menghantar idea dan sinopsis melalui e-mel support@utv.com.my atau media sosial rasmi: Instagram @utv.official dan TikTok @utvoriginal.

Model Unik: Pay Per Content

UTV menggunakan konsep Pay Per Content, di mana penonton hanya membayar untuk kandungan yang mahu ditonton. Pendekatan ini lebih fleksibel, berbaloi dan memberi nilai eksklusif pada setiap karya.

Ruang Pitching Terbuka Untuk Semua

Keistimewaan utama UTV ialah membuka ruang pitching kepada semua – sama ada syarikat produksi besar, penerbit indie atau penulis skrip baharu. UTV mahu menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dan mengetengahkan idea segar agar industri hiburan tempatan terus berkembang dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

5 Segmen Utama UTV

UTV tampil dengan lima kategori utama untuk memenuhi citarasa penonton:

UTV Original – Drama dan telefilem eksklusif berkualiti tinggi, antaranya Saling Tak Terlihat (Remy Ishak, Nora Danish), Langit Tanpa Bintang (Nabila Huda, Hasnul Rahmat), Diari Air Mata (OST Ajai & Aisha Retno), Poskad Cinta Dari Auckland (Fattah Amin, Amira Othman), Anak Mak (Sheila Rusly, Sophia Albarakbah), Aku Cinta Dia (Zoey Rahman, Fattah Amin), dan Hantu Cinta Kamu (Zizan Razak, Sherry AlHadad, Nora Danish).

UTV Music – Konsert eksklusif seperti Showcase Janji (Dayang Nurfaizah) dan A Night With Aina Abdul 3.0.

UTV Podcast – Perbincangan segar dan relevan termasuk Hitam Putih, Ruang Usanita serta Next Gen Ummah.

UTV Talkshow – Bual bicara santai tetapi penuh nilai, seperti Unwrapped: Kisah Disebalik Spotlight dan Cook With Sheila Rusly.

UTV Smart – Gabungan hiburan dan ilmu, antaranya Bootcamp Usanita dan Online Business Game 101 with Zoey Rahman.

-Tehtariktimes