Kempen Tonton Non Stop, On Top! kini kembali mencuri perhatian apabila memasuki Lap 3, sekali gus membuka peluang baharu kepada pelanggan TontonUp untuk merebut sebuah Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai Hadiah Utama.
Berlangsung dari 13 hingga 26 Julai 2026, Lap 3 mengajak pelanggan TontonUp mengumpul mata dengan menstrim pelbagai kandungan terpilih di platform Tonton. Semakin banyak kandungan yang ditonton, semakin tinggi mata yang dikumpulkan dan semakin cerah peluang untuk menduduki carta kedudukan teratas.
Antara kandungan yang boleh distrim sepanjang Lap 3 termasuk siri popular seperti Nur Kasih, Dunia Baru, Juvana, Sindarela, Anom Suraya, Bru, Anak-Anak Mafia dan Anyway, I’m Falling in Love with You. Turut tersedia filem tempatan seperti Dunia Baru The Movie, Kekasih Seru, Lagi-Lagi Senario, Jiwa, Mukhsin, Rock dan Perempuan Ilmu Hitam.

Bagi peminat anime pula, Tonton menawarkan judul-judul popular seperti BLEACH: Thousand-Year Blood War, JUJUTSU KAISEN, Solo Leveling, Dark Moon: The Blood Altar serta Ultraman Teo (BM) untuk membantu peserta menambah kutipan mata sepanjang kempen berlangsung.
Keseronokan diteruskan menerusi Turboost yang menawarkan ganjaran mata berganda pada setiap hujung minggu. Pada 18 dan 19 Julai serta 25 dan 26 Julai 2026, pelanggan boleh meningkatkan kutipan mata dengan lebih pantas menerusi kandungan terpilih seperti Haunted Blade: Hunters, Perempuan Itu, Lelaki Itu, Keluarga Itu, Doa Yang Terlindung, BRU: Masin & Manis, Salju & 7 Buaya serta siri popular 7 Hari Mencintaiku, 7 Hari Mencintaiku 2 dan 7 Hari Mencintaiku 3.
Bagi mereka yang masih belum menyertai kempen ini, penyertaan masih dibuka. Pelanggan hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga atau 12 bulan sebelum mula menstrim kandungan terpilih untuk mengumpul mata.
Setiap tontonan bukan sahaja memberikan hiburan tanpa henti, malah membawa peserta selangkah lebih dekat untuk membawa pulang Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai Hadiah Utama Lap 3.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton kandungan kegemaran anda sambil mengumpul mata dan bersaing merebut hadiah menarik. Langgan TontonUp hari ini dan sertai kempen Tonton Non Stop, On Top! sebelum Lap 3 melabuhkan tirainya.







