Karnival Jom Heboh 2025 Gegar Pulau Pinang dengan Hiburan, Warna dan Keriangan!
Warga utara kini bersiap sedia untuk menikmati kehangatan acara padang paling ikonik di Malaysia apabila Karnival Jom Heboh (KJH) kembali ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang selama tiga hari berturut-turut bermula 7 hingga 9 November 2025. Karnival ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, persembahan hebat serta kejutan istimewa buat seisi keluarga yang pastinya akan menghidupkan suasana…