Orang Utara Memang Sempoi! Lebih 350,000 Pengunjung Meriahkan Karnival Jom Heboh Pulau Pinang 2025
Karnival Jom Heboh (KJH) kembali menggamatkan utara tanah air apabila seramai 350,000 pengunjung membanjiri pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang selama tiga hari berturut-turut dari 7 hingga 9 November 2025. Edisi kali ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, cabaran gaya hidup sihat serta persembahan artis popular yang menyerikan suasana penuh warna-warni dan kemeriahan di seluruh lokasi….