Eda Ezrin dan Den Manjo kembali dengan “Adek Saye Abe Sore”, kesinambungan kejayaan “Bae Soba Bae”
Sentuhan berbisa komposer tersohor, Eddie Hamid, menerusi lagu “Cinta Setandan Pisang” atau lebih dikenali sebagai “Bae Soba Bae” nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo yang dilancarkan pada Disember 2023 ternyata memberi impak besar kepada kedua-dua penyanyi tersebut. Lagu dengan lirik hasil ciptaan Fadil Turbo dan Mama Ana itu berjaya meraih lebih 33 juta tontonan di…