Sprite memperkenalkan Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina, inovasi terbaharu yang menggabungkan rasa lemon-limau nipis ikonik Sprite dengan sensasi pudina menyegarkan.
Varian baharu itu ditawarkan secara eksklusif di semua kedai 7-Eleven Malaysia di seluruh negara mulai 1 Ogos 2026.
Sprite Chill membawakan pengalaman rasa yang lebih dingin, segar dan penuh kejutan dalam setiap tegukan.

Bagi meraikan pelancarannya, Sprite telah mengubah 7-Eleven Flagship Store di Bandar Puteri Puchong menjadi ruang pengalaman Sprite Chill yang imersif.
Acara tersebut memberikan peluang kepada pengamal media, pencipta kandungan dan tetamu jemputan untuk menjadi antara yang pertama menikmati sendiri sensasi kesegaran baharu berkenaan.
Berinspirasikan gabungan rasa yang sudah dikenali dengan sentuhan tidak dijangka, Sprite Chill mengekalkan kesegaran lemon-limau nipis yang menjadi identiti Sprite.
Pada masa sama, sensasi pudina yang menyejukkan memberikan pengalaman rasa lebih unik dan menyegarkan kepada pengguna.
Sepanjang acara berlangsung, para tetamu berpeluang menikmati Sprite Chill menerusi pelbagai aktiviti interaktif.
Antaranya termasuk sesi mencuba produk bersama makanan pedas, permainan bertemakan perisa, aktiviti bergambar dan pengalaman jenama yang direka khas.
Aktiviti tersebut menyerlahkan bagaimana sensasi pudina menyejukkan melengkapi rasa lemon-limau nipis Sprite, sekali gus menjadikannya pilihan menyegarkan untuk dinikmati pada bila-bila masa.
Ketersediaan eksklusif di 7-Eleven Malaysia turut memudahkan pengguna mendapatkan inovasi terbaharu Sprite melalui salah satu rangkaian runcit yang mudah diakses di negara ini.
Kerjasama tersebut mencerminkan komitmen Sprite untuk terus memperkenalkan inovasi minuman yang segar, relevan dan selari dengan gaya hidup pengguna masa kini.
Pengarah Pemasaran Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Myanmar, Chrystian Lim berkata, kesegaran sentiasa menjadi identiti Sprite.
“Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina memberikan sentuhan baharu kepada rasa ikonik yang sudah lama digemari pengguna.
“Dengan menggabungkan rasa lemon-limau ikonik Sprite dengan sensasi pudina yang menyegarkan, kami menawarkan kelainan yang memberikan dimensi baharu kepada rasa Sprite yang dikenali dan digemari ramai.
“Melalui kerjasama eksklusif dengan 7-Eleven Malaysia, sentuhan kesegaran baharu ini kini mudah didapati di seluruh negara,” katanya.
Ketua Pegawai Komersial 7-Eleven Malaysia, Wee Li Ying berkata, syarikat itu sentiasa berusaha menawarkan produk baharu yang menarik dan relevan kepada pelanggannya.
“Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina membawakan pengalaman rasa yang segar dan unik. Kami berbesar hati menjadi rakan runcit eksklusif yang memperkenalkan inovasi ini kepada seluruh negara,” katanya.
Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina kini boleh didapati secara eksklusif di semua kedai 7-Eleven Malaysia di seluruh negara sementara stok masih ada.











