Malam Paling Berprestij Muzik Malaysia: Saksi Semula Kemeriahan AIM25 di TVS

Poster rasmi AIM25 latar merah memaparkan barisan artis pemenang trofi meraikan kejayaan lebih 24.5 juta tontonan di TVS

KUCHING – Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) melabuhkan tirai dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), melakar lembaran baharu apabila sambutan Jubli Perak anugerah berprestij itu diadakan buat pertama kalinya di Sarawak. Majlis malam kemuncak tersebut turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg. Mengemudi pentas utama, gandingan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama personaliti TVS, Sheera Abang Mansur, menghidupkan suasana penuh bertenaga yang disulami persembahan hebat barisan artis ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hujan, Akim Ahmad, Marsha Milan, Mimifly, Alena Murang, Estranged, dan Hael Husaini merentasi pelbagai genre muzik tempatan dan identiti khas Borneo.

Majlis malam kemuncak tersebut turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg. Mengemudi pentas utama, gandingan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama personaliti TVS, Sheera Abang Mansur, menghidupkan suasana penuh bertenaga yang disulami persembahan hebat barisan artis ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hujan, Akim Ahmad, Marsha Milan, Mimifly, Alena Murang, Estranged, dan Hael Husaini merentasi pelbagai genre muzik tempatan dan identiti khas Borneo.

Malam anugerah tersebut menyaksikan dominasi luar biasa oleh Mimifly yang menggondol lima trofi, termasuk menerusi lagu “Temberang”, “Nara”, dan karya perayaan “Serumpun”. Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan status sebagai ikon muzik negara dengan merangkul empat trofi utama, termasuk Vokal Wanita Terbaik (“Kesuma”) serta Lagu Terbaik dan Lagu Tradisional Terbaik menerusi mahakarya “Pesanan Buat Diri” ciptaan Aubrey Suwito dan Datuk Habsah Hassan. Sementara itu, penyanyi dan komposer muda Aisha Retno membawa pulang tiga kemenangan menerusi kategori Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik bagi [RE.HAB], di samping Lagu Inggeris Tempatan Terbaik. Penganjuran edisi ini bertambah manis apabila Mawat dinobatkan sebagai pemenang sulung kategori baharu, Lagu Borneo Terbaik menerusi “Dayang Bintang”, manakala Ratu Rock negara, Ella, diberi penghormatan tertinggi menerusi Anugerah Sri Wirama atas dedikasi sepanjang zaman beliau dalam arena seni.

Sebagai penyiar rasmi dan penganjur bersama bersama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) serta sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), TVS membuktikan keupayaan teknikal dan jangkauan siaran berskala nasional. Liputan menyeluruh acara ini merekodkan kejayaan besar dengan meraih sebanyak 24.5 juta tontonan dan interaksi (engagement) merentasi platform televisyen, aplikasi digital TVS Inspire, dan media sosial. Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Tuan Haji Kushairi Abang, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti komitmen TVS dalam mendekatkan karya muzik tanah air kepada rakyat Malaysia secara meluas, di samping membuka ruang lebih besar kepada bakat dari Sarawak dan Borneo bersinar di peringkat kebangsaan. Bagi meraikan peminat yang ingin mengimbau kembali malam bersejarah ini, TVS membawakan siaran ulangan eksklusif AIM25 pada 2 Oktober 2026 (Jumaat, 11.00 malam) dan 4 Oktober 2026 (Ahad, 7.30 pagi) menerusi Saluran 122 serta aplikasi TVS Inspire.