Selepas merayakan dekad yang penuh kejayaan dengan sambutan meriah pada tahun lalu, rancangan realiti nyanyian nombor satu Malaysia, Gegar Vaganza (GV), kini kembali dengan musim kesebelas yang lebih mendebarkan.
Membawa artis-artis ternama dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura, musim ini bakal mengembalikan semangat dan nostalgia zaman kegemilangan muzik mereka. GV11 dijadualkan bermula pada 24 November, jam 9 malam, dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (saluran 104).
Musim terbaru ini menjanjikan pengalaman yang lebih hebat dengan barisan penyanyi yang pernah merajai carta dan menjadi kegilaan peminat di seluruh Nusantara. Bintang-bintang GV11 termasuk nama-nama seperti Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry, Sheila Abdul, Arrora Salwa, Zehra Zambri, dan Ning Baizura. Turut menyertai dari Indonesia adalah penyanyi hebat Inka Christie, Dyrga dari kumpulan Dadali, serta kumpulan The Lima yang terdiri daripada Taura, Bony, dan Arif. Kesemua mereka bakal menyemarakkan pentas Gegar Vaganza dengan persembahan mantap dan cabaran baharu untuk mencipta memori indah dalam industri muzik.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, mengulas, “Sokongan yang tidak pernah pudar daripada peminat sepanjang sepuluh tahun ini amat kami hargai. Setelah mengangkat juara dalam kalangan juara pada musim lalu, kami kini kembali kepada konsep asal GV, iaitu menampilkan penyanyi-penyanyi popular yang pernah menjadi fenomena. Penyanyi-penyanyi ini pernah mencipta sejarah dengan bakat mereka, dan lagu-lagu hits mereka masih menjadi pilihan ramai. Musim kali ini dibarisi oleh bintang-bintang besar dari rantau ini, membuktikan bahawa GV terus relevan sebagai platform penting bukan sahaja untuk peminat tetapi juga untuk para artis dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura.”
Tambah Raqim, “GV11 akan menampilkan nafas baharu tetapi dengan cabaran sengit antara peserta. Pertemuan antara legenda-legenda muzik ini akan menyajikan persembahan yang hebat di mana vokal, aura, dan karisma mereka menjadi taruhan utama. Siapakah yang bakal membawa pulang takhta juara GV11? Segala jawapan akan terungkai di pentas megah GV yang akan kembali menggemakan dewan dengan semangat dan pesona luar biasa. Kami yakin musim ini akan memberi kepuasan maksimum kepada penggemar rancangan ini, membawa mereka ke zaman kegemilangan para peserta.”
Kali ini, Dato’ Ramli MS akan kembali sebagai ketua juri bersama Datuk Syafinaz Selamat dan lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Di posisi pengacara, duo popular Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga akan kembali untuk menghiburkan penonton sepanjang 12 minggu rancangan ini berlangsung.
‘Gegar Vaganza 11’ akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, dan boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO, dan sooka. Untuk menikmati lebih banyak pilihan hiburan pada harga serendah RM41.99 sebulan, pengguna boleh mendaftar Astro Baharu dengan promosi istimewa Jualan Jimat Besar dan pemasangan percuma*. Dapatkan info lanjut tentang cara melanggan di astro.com.my untuk tidak melepaskan peluang mengikuti rancangan nyanyian sensasi ini!
Penjurian & Trivia ‘GV11’
Musim kesebelas ‘Gegar Vaganza’ (GV11) kekal dengan format penjurian yang telah terbukti berjaya, di mana pemarkahan 100% diberikan oleh barisan juri profesional yang akan menilai setiap persembahan peserta. Peserta dengan markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan dari pertandingan, menambah kehangatan persaingan.
Penerbitan GV11 mendapat sokongan padu daripada beberapa penaja utama dan bersama. Farm Fresh muncul sebagai Penaja Utama, manakala CelcomDigi pula menyumbang sebagai Telco Rasmi. Adabi, CUCKOO dan Uphamol turut memberi sokongan sebagai Penaja Bersama dalam menjayakan edisi kali ini. Rancangan ini turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak yang bertindak sebagai Rakan Digital dan SINAR selaku Radio Rasmi, serta sokongan dari ERA dan GEGAR.
Hadiah menarik menanti juara musim ini, dengan RM100,000 wang tunai untuk pemenang utama. Naib juara pula akan membawa pulang RM50,000, sementara tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam masing-masing akan menerima RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Setiap minggu selepas konsert utama, ‘Vazz Vaganza’, yang akan dihoskan oleh Dina Nadzir, akan memuatkan sesi diskusi, wawancara, dan soal jawab bersama peserta GV11 selama 30 minit. Para peminat juga dapat mengikuti klip sedutan sesi latihan vokal dan persediaan peserta melalui ‘Kapsul Gegar Vaganza 11’, yang akan dipersembahkan oleh Putra Anuar setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam.
Untuk pengisian di platform digital, penonton dapat mengikuti program ‘Gegar Vaganza Live+’, yang disiarkan secara langsung di www.gempak.com/gegarvaganza semasa konsert mingguan GV11. Program ini akan dihoskan oleh Falyq, dengan kehadiran selebriti misteri yang akan diperkenalkan pada minggu pertama.
Sebagai kejutan eksklusif untuk peminat setia GV, mereka boleh berpeluang menerima hadiah menarik dengan berkongsi di laman media sosial X tentang apa yang mereka sukai mengenai GV dan mengapa. Tweet yang menerima jumlah likes atau retweets terbanyak akan dipilih untuk menerima kejutan istimewa dari GV11.