RR2026: Jwanjih Drama Menyatukan Drama Berkualiti dan Personaliti Terkenal Sepanjang Musim Perayaan

Setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal, detik penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk berkongsi rasa, mengeratkan kebersamaan, serta menghargai nilai kekeluargaan. Dalam musim yang sarat makna ini, satu nama terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk menikmati drama berkualiti, menyentuh emosi dan dekat di hati, iaitu TV3. Sebagai peneraju kandungan drama nombor satu negara, TV3 sekali lagi mengukuhkan dominasinya menerusi pelancaran ‘RR2026: Jwanjih Drama’, yang menandakan pembuka tirai rasmi kepada kempen Ramadan & Raya 2026 bertemakan ‘Sama-Sama Berkat’ oleh Media Prima. Pelancaran ini memperkenalkan barisan drama serta kandungan istimewa yang bakal menghiasi TV3 dan platform Tonton sepanjang bulan mulia ini.

Dengan kejayaan berterusan dari tahun ke tahun, TV3 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama drama tempatan. Ramadan dan Raya kekal sebagai musim istimewa yang sinonim dengan TV3, dan tahun 2026 hadir dengan penceritaan yang lebih bermakna, menyentuh jiwa, serta dekat dengan realiti kehidupan penonton.

Bagi musim Ramadan dan Syawal kali ini, TV3 dan Tonton menampilkan barisan drama terpilih yang sarat dengan emosi, konflik, dan nilai kesedaran. Setiap naskhah disusun rapi untuk menemani penonton sepanjang musim perayaan, menerusi penceritaan yang dekat dengan realiti, serta mencerminkan cabaran dan keinsafan dalam kehidupan. Antara drama utama yang bakal mencuri perhatian sepanjang Ramadan dan Raya 2026 termasuklah Akasia – Khianat Yang Terpilih, yang bersiaran pada 26 Februari dengan 30 episod, dibintangi Amyra Rosli, Ben Amir, Ikmal Amry, Puteri Aishah, Ainina Ahmad dan Erin CTJ, dengan runut bunyi bertajuk “Khianati” nyanyian Iman Troye; Samarinda – Kerana Cinta Itu Dusta, bersiaran pada 25 Februari, 30 episod, menampilkan Jazmy Juma, Azira Shafinaz, Emma Maembong dan Nazrief Nazri, dengan lagu tema “I Don’t Like You Anymore” nyanyian Misha Omar; Lestary – Bila Cinta Menjadi Dosa, bersiaran 27 Februari, 30 episod, dibintangi Che Puan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam, Elizad Sharifuddin dan Maria Farida, dengan runut bunyi “Taman Keabadian” nyanyian Dato’ Aishah; serta Tonton – Anugerah Tanpa Cahaya, bersiaran pada 16 Mac, 10 episod, menampilkan Puteri Balqis, Azhan Rani, Amyza Aznan, Zairi Aziz dan Hafeez Mikail, dengan lagu tema “Sedikit Waktu” nyanyian Imran Ajmain.

Lebih istimewa, barisan drama Ramadan & Raya 2026 ini menghimpunkan pelakon popular kegemaran penonton dan bakat berpengalaman merentas generasi, sekali gus mengukuhkan kedudukan TV3 sebagai peneraju mutlak kandungan drama sepanjang musim perayaan.

Seiring pelancaran kandungan istimewa ini, Media Prima memperkenalkan kempen Ramadan & Raya 2026 bertemakan “Sama-Sama Berkat”. Konsep “Sama-Sama” menekankan bahawa kebaikan lebih bermakna apabila dilakukan bersama, manakala “Berkat” merujuk kepada kebaikan, ketenangan dan keberlimpahan yang bertambah apabila dikongsi. Tema ini mengetengahkan nilai perkongsian rezeki dan kasih sayang, serta penghargaan terhadap kenangan bermakna dan keberkatan yang dirasai bersama.

Bagi tahun 2026, Media Prima melangkah lebih jauh dengan pelbagai inisiatif dan acara sepanjang Ramadan dan Raya, melibatkan komuniti yang memerlukan serta penonton di seluruh platform Media Prima. Inisiatif ini bertujuan menyantuni masyarakat, menghubungkan rakyat Malaysia, serta menyemarakkan semangat memberi dan kebersamaan merentas lapisan usia dan latar belakang.

Sebagai sebahagian daripada perjalanan kempen ini, Media Prima turut menampilkan “Friends of Rara 2026”, iaitu barisan personaliti popular dan berpengaruh yang bakal menyemarakkannya lagi. Antara mereka ialah Tracie Sinidol, dikenali ramai menerusi watak Aira dan popular selepas Hilang Dalam Rindu; Jazmy Juma, hero popular dari Hilang Dalam Rindu; Sharifah Rose, pelakon drama Doa Yang Terlindung; Zairi Aziz, juara Pencarian Pelakon Drama Sangat; dan Ariana Yusof, juara Pencarian Pelakon Drama Sangat yang semakin menyerlah. Personaliti Media Prima juga mengambil peranan penting dalam kempen ini, termasuk Fiza Sabjahan, hos TV3 dan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kategori Pengacara TV Popular, serta Fedtri Yahya, penyampai yang terkenal menerusi Malaysia Hari Ini dan Jejak Rasul, memancarkan kredibiliti dan keikhlasan untuk menyokong kempen berunsur pendidikan dan komuniti.

Dengan kehadiran barisan drama istimewa serta sokongan personaliti ternama, kempen “Sama-Sama Berkat” mengajak semua untuk merayakan Ramadan dan Syawal dengan penuh makna, berkongsi kebaikan, kasih sayang dan kenangan indah bersama insan tersayang. Bersama Media Prima, marilah kita raikan keberkatan, eratkan hubungan dan nikmati setiap detik terindah musim perayaan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan aktiviti “Sama-Sama Berkat”, pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi melalui platform Media Prima. Ikuti media sosial rasmi kami di Facebook, Instagram dan X: @TV3Malaysia dan @TontonMY. Jom #SamaSamaBerkat dan raikan setiap detik terindah anda bersama TV3 dan Tonton!