
ReGlo memperkenalkan Skin Turnover Protocol, satu sistem pembaharuan kulit berstruktur yang direka bagi membantu proses regenerasi semula jadi kulit secara lebih selamat, terkawal dan berterusan. Selama ini, ramai pengguna berdepan dilema dalam memilih rawatan peremajaan kulit. Prosedur estetik seperti laser dan chemical peel mampu memberikan hasil yang ketara, namun sering dikaitkan dengan kemerahan, sensitiviti serta tempoh pemulihan yang panjang. Pada masa sama, produk penjagaan kulit harian pula sering menawarkan hasil yang lebih perlahan.
Bagi mengatasi jurang tersebut, ReGlo memperkenalkan pendekatan yang mengutamakan pembaharuan kulit secara konsisten tanpa menjejaskan lapisan pelindung semula jadi kulit. Diasaskan oleh Nick Lim, sistem ini menggabungkan eksfoliasi terkawal, penyerapan bahan aktif yang lebih berkesan serta sokongan pemulihan skin barrier secara berterusan.
Menurut ReGlo, pendekatan ini membolehkan pengguna menyokong pembaharuan kulit sebagai sebahagian daripada rutin harian tanpa perlu melalui tempoh pemulihan yang lazim dikaitkan dengan rawatan estetik intensif. Pakar estetik dan kulit, Dr. Ingky turut menjelaskan bahawa proses pembaharuan sel kulit yang sihat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti kulit dan menyokong hasil peremajaan jangka panjang. Beliau percaya rawatan yang berkesan perlu selari dengan fungsi semula jadi kulit dan bukannya bertindak melawan proses tersebut.
Skin Turnover Protocol direalisasikan menerusi ekosistem ReGlo yang menggabungkan teknologi estetik moden, penyerapan bahan aktif harian dan sistem pemulihan di rumah dalam satu pendekatan menyeluruh. Ia sekali gus memperkenalkan standard baharu dalam penjagaan kulit yang lebih mampan, konsisten dan berasaskan sains. Protokol ini kini boleh didapati di semua cawangan ReGlo Lab di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.











