Realiti Pahit Bisnes Kopi Dalam Bru

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai individu memilih untuk meninggalkan dunia korporat demi mengejar impian memiliki perniagaan sendiri. Salah satu pilihan yang semakin popular adalah membuka kedai kopi mungkin kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang cool, estetik dan trending. Namun di sebalik imej glamor itu, realitinya dunia perniagaan F&B terutamanya kedai kopi bukanlah semudah yang disangka.

Lambakan kedai kopi di serata lokasi kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan semakin sengit, dan tidak semua mampu bertahan. Ramai terjun ke dunia bisnes hanya kerana ingin ikut trend, tanpa sebarang ilmu atau persediaan kukuh. Inilah yang ditampilkan secara jujur dalam siri drama Tonton Original: Bru.

Watak utama Shah (lakonan Shukri Yahaya) membuka sebuah kedai kopi bersama dua rakannya, Hani (Siti Hariesa) dan Ajan (Amerul Affendi), tetapi tanpa sebarang perancangan rapi. Tanpa asas dalam pengurusan, tanpa strategi yang jelas Bru mula beroperasi dalam keadaan yang serba kelam-kabut. Shah membuat keputusan penting secara semberono, termasuk membeli mesin kopi baharu tanpa berbincang dengan rakan kongsi, malah membayar menggunakan duit gaji Hani.

Tindakannya yang tidak bertanggungjawab ini menyerlahkan isu sebenar yang sering berlaku dalam dunia perniagaan kegagalan dalam mengurus kewangan, konflik sesama rakan kongsi, serta kurangnya integriti. Ia turut mencerminkan realiti pahit dalam banyak perniagaan kecil seperti kegagalan membayar KWSP, mengabaikan kebajikan pekerja dan mementingkan diri demi keuntungan jangka pendek.

Kisah Bru menjadi cerminan kepada usahawan baharu bahawa minat sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kelangsungan perniagaan. Ilmu, disiplin dan amanah adalah kunci kejayaan. Tanpa elemen-elemen ini, sebuah perniagaan boleh runtuh dalam sekelip mata.

Kini, Bru sedang berdepan pelbagai cabaran getir yang menguji kekuatan persahabatan, amanah dan hala tuju bisnes mereka. Apakah Shah akan sedar dari kesilapannya dan berjaya menyelamatkan Bru? Atau kedai kopi itu akan menjadi satu lagi kisah kegagalan seperti banyak impian lain yang terhenti separuh jalan?

Jangan ketinggalan menyaksikan dua episod terakhir Bru, yang bakal merungkai segala persoalan. Saksikan episod kemuncak pada 2 Jun 2025, eksklusif di Tonton setiap Isnin dan Khamis. Strim dan muat turun dengan harga serendah RM9.90 sebulan.

Langgan sekarang dan hayati Bru sebuah kisah penuh pengajaran tentang realiti sebenar di sebalik dunia kopi yang tampak indah. Untuk perkembangan terkini drama kegemaran anda, ikuti laman sosial Tonton di Facebook, Instagram dan Twitter menerusi @TontonMY.