Raja Rating: TV3 Terus Kuasai Arena Drama Melayu

TV3 sekali lagi membuktikan taringnya sebagai peneraju kandungan tempatan apabila tiga drama utama musim Ramadan dan Syawal ini—Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih, dan Bila Cinta Menjadi Dosa—berjaya menguasai carta penontonan televisyen serta tular di platform digital.

Kejayaan ini diperkukuhkan dengan angka tontonan dan capaian media sosial yang luar biasa:

  • Kerana Cinta Itu Dusta: Berjaya meraih 880 juta capaian di media sosial, drama ini menjadi perbualan hangat netizen sehingga digelar sebagai “punca darah tinggi rakyat Malaysia” akibat plot yang penuh emosi.
  • Khianat Yang Terpilih: Naskhah ini mencatatkan 10 juta penonton di kaca TV dengan 950 juta capaian media sosial. Gandingan Amyra Rosli dan Ikmal Amry (yang mendapat jolokan “green flag” oleh penonton) terus menjadi antara topik paling trending di Threads.
  • Bila Cinta Menjadi Dosa: Setakat episod 21, drama ini telah menarik 9 juta penonton TV dan mengumpul 850 juta capaian media sosial. Tanda pagar #BilaCintaMenjadiDosa sahaja sudah mencecah 400 juta paparan, manakala watak Eva lakonan Che Puan Sarimah Ibrahim terus menjadi subjek perdebatan hangat di TikTok dan X.

Selain dominasi di televisyen, drama Bila Cinta Menjadi Dosa turut menduduki tangga No. 1 di aplikasi Tonton, membuktikan keberkesanan strategi edaran merentas platform. Ramai penonton memilih akses premium Tonton semata-mata untuk menyaksikan episod lebih awal.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan TV3 dalam menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang relevan dengan citarasa penonton masa kini, sambil disokong oleh barisan pelakon berkaliber yang memberikan impak besar kepada naskhah.

Malam ini, debaran kian terasa bagi peminat setia Kerana Cinta Itu Dusta apabila drama tersebut bakal melabuhkan tirainya. Segala konflik dan teka-teki penonton bakal terjawab dalam episod akhir yang dinantikan ramai. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penamat drama fenomena ini di TV3 atau strim sekarang di Tonton.

Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia dan @dramasangat di Facebook, X, YouTube, serta Instagram.