Drama bersiri vertikal terbaru Keluarga Antara Insan yang ditayangkan di TV3 telah berjaya menarik perhatian penonton di seluruh Malaysia. Dalam hanya seminggu selepas ditayangkan, drama ini mencatatkan lebih 2.5 juta tontonan di TikTok melalui 10 episod yang penuh dengan elemen komedi dan situasi yang mencuit hati. Dikuasai oleh Samsung Malaysia, drama ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut memberikan kesegaran kepada industri hiburan tempatan dengan pengisian cerita yang menyentuh hati dan penuh nilai kekeluargaan.
Dengan barisan pelakon berbakat seperti Muaz Zabir, Puteri Balqis, Aleza Shadan, Amirulhakim Lokman, dan DUKES, serta penampilan istimewa daripada Tony Eusoff, Keluarga Antara Insan terus menjadi perbualan hangat di kalangan netizen. Gandingan Muaz Zabir dan Puteri Balqis yang kembali menyarung watak utama Dahlia dan Amir turut mempersembahkan sisi baru dalam lakonan mereka, dengan pembawaan watak yang lebih santai dan lucu. Dalam drama ini, keserasian mereka dengan pelakon-pelakon lain turut memperkukuh jalan cerita dan memberikan nafas baru dalam industri drama tempatan.
Salah satu sebab utama drama ini menarik perhatian penonton adalah kerana perubahan besar yang dilakukan oleh Puteri Balqis, yang biasanya terkenal dengan watak-watak berat dan dramatik. Dalam Keluarga Antara Insan, beliau tampil dengan gaya lakonan yang lebih ringan, penuh keceriaan dan humor, menjadikannya berbeza daripada penampilan-penampilannya sebelum ini. Netizen juga memberi reaksi positif terhadap transformasi ini, dengan ramai yang memuji sisi bersahaja dan kelakar yang ditampilkan oleh beliau.
Selain daripada gandingan hebat antara Muaz Zabir dan Puteri Balqis, kemunculan Momo, kucing comel yang menjadi bintang sampingan, turut mencuri perhatian penonton. Momo bukan sahaja membawa kelucuan, tetapi turut menambah warna dan elemen menarik dalam setiap episod drama ini. Keletah Momo mengundang tawa dan memberikan kesan positif terhadap jalan cerita yang penuh dengan ketegangan dan konflik.

Diarahkan dengan latar belakang kejiranan mesra Taman Antara Insan, Keluarga Antara Insan mengisahkan hubungan dua jiran, Dahlia dan Amir, yang sentiasa bertengkar setiap kali bertemu. Konflik mereka bermula daripada insiden kecil yang melibatkan seekor kucing bernama Momo dan kereta Amir yang tercalar. Konflik tersebut terus berkembang menjadi ketegangan antara mereka, namun dengan kemunculan beberapa watak seperti Kak Bib (Aleza Shadan), Ezzat (Amirulhakim Lokman), dan ahli band surau (DUKES), usaha pendamaian mula dilakukan untuk merapatkan hubungan mereka, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh barakah.
Dalam suasana sahur, bazar Ramadan, tarawih, dan persiapan raya, Dahlia dan Amir mula memahami satu sama lain dengan lebih mendalam. Mereka mendapati banyak persamaan yang tidak disangka, menjadikan mereka semakin dekat. Akhirnya, apakah kesudahan konflik antara dua individu ini? Adakah mereka akan berjaya mendamaikan perbezaan mereka dan menemui jalan penyelesaian?
Saksikan Keluarga Antara Insan untuk mengetahui bagaimana kisah ini berakhir! Jangan lupa tonton di TikTok rasmi TV3 di @tv3Malaysia atau TikTok Samsung Malaysia di @samsungmalaysia dan nikmati setiap episod yang menghiburkan serta penuh pengajaran. Untuk perkembangan terkini tentang drama lain, ikuti media sosial TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram Drama Sangat di @dramasangat.