Peminat Piza, Nantikan Domino’s Express di Guar Chempedak!

Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) bakal membuka cawangan Domino’s Express yang inovatif di Guar Chempedak, Kedah pada 2 April 2025. Selepas kejayaan di Bahau, Negeri Sembilan, Domino’s terus mengembangkan konsep Grab & Go bagi pelanggan yang mahukan piza segar, pantas dan murah tanpa menunggu lama.

Produk eksklusif di Domino’s Express, PizzaPanjang, merupakan piza sepanjang 8 inci yang direka khas untuk hidangan individu. Dengan pilihan perisa seperti Aloha Chicken, Chicken Pepperoni, Beef Pepperoni, Simply Cheese dan 3 Meats, pelanggan boleh menikmatinya dengan harga hanya RM8!

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes berkata, “Kami sangat teruja untuk melancarkan Domino’s Express di Guar Chempedak. Sambutan luar biasa terhadap cawangan pertama kami di Bahau membuktikan bahawa ramai pelanggan mahukan piza yang lebih mudah didapati dengan pantas dan harga berpatutan.”

Selain PizzaPanjang, pelanggan juga boleh mendapatkan piza saiz Regular pada harga RM13 – eksklusif di cawangan Domino’s Express. Dengan fokus terhadap kesegaran, kemudahan dan rasa yang memikat, Domino’s bertekad untuk terus memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggannya.

Datang sendiri ke Domino’s Express Guar Chempedak dan rasai keunikan PizzaPanjang hari ini! Untuk promosi terkini, layari www.dominos.com.my.